Saturday, July 3, 2010

ROZAI SAYANG KJ? UMNO PENDANG KATA TIDAK!


Agak malang, kerana dalam mencipta dan memberi gambaran bahawa UMNO Pendang sudah menebas lalang dan rumpun yang menghalang perpaduannya tiba-tiba Rozai membuat keputusan untuk menjemput liabiliti utama UMNO yang secara terancang di beri gambaran bahawa dialah hero baru UMNO kononnya oleh Anwaryahudi  dengan menganugerahkan budak kanyiaq bernama kj yang ramai musuhnya memanggil berok hitam kerana minatnya membela berok2 dengan gelaran yang tak laya kdi beripun kepada beruk ini, iaitu BUDAK SURUHAN UMNO.  UMNO tak pernah menyuruhpun budak kanyiaq ni buat apa-apa.  Dok diam-diam lagi bagus.  lagi rapat mulutnya lagi baik untuk umno.

Berok2 yg di bela oleh ketua berok ini pula akan terkinja-kinja mengikut suruhan ketua segala berok dan yang paling hitam di antara berok-berok apabila di 'kacang-kacang'kan(baca: di gula-gula) dengan senyuman di Pertuan Agong agar menynayikan lagu sokongan terhadap beliau.

Apakah Rozai juga ingin menunjukkan bahawa dia mempunyai bakat sehebat berok-berok agar dia juga dapat kacang-kacang untuk di simpan di pipi kanan dan kirinya?  Hoi!!!!  kalau dapatpun jangan simpan di kiri dan kanan pipi tu.  ORANG NAMPAK!

Atau Rozai ingin menunjukkan bahawa di Kedah ada beruk yang lebih hebat dan lebih hitam dari beruk-beruk di Kuala Lumpur serta beruk betina di Kuala Kedah?  kj  mungkin pernah dengar beruk matyeh?  tetapi belum pernah ketemui beruk matyeh?  Dan setelah rozai menonjolkan diri dengan memberi isyarat bahawa dia layak menghampiri kj, maka kj kena tau, inilah beruk matey! ROZAI ADALAH BERUK MATYEH yang perlu di ketahui oleh kj.  Agak-agaknya apalah yang boleh di bawa oleh kj ketika datang merasmikan mesyaurat perwakilan bahagian umno pendang nanti? Projek untuk rakyat atau karung guni yangdi dalammnya bertimbun kertas yang mempunyai wajah Agong tersenyum yang sah di perlakukan dengan nilai seperti yang tercatit pada helaian kertas-kertas berkenaan?  Dan karung berkenaan pula hanyalah untuk poket rozai seorang sahaja semata-mata!.

Jemput kj? bukannya dia tu menteripun.  tapi semua orang tau dia pernah menjadi penganggur terkaya di Malaya dan masih lagi kaya meliana!  Dan kalau nak kata dia ketua pemuda, dia ni ketua pemuda parti apa?  jangan kata dia pemuda parti keramat UMNO lah!  dia hanya ketua pemudi segerombolan puak yang hanya setia kat wang.  kesetiaan depa kat wang lah yang memboleh kan ketua pemudi yang di sambut kemenangan beliau dengan laungan RASUAH!RASUAH!RASUAH!RASUAH!RASUAH! pada PAU yang lalu masih menenggek umpama parasit di kulit UMNO.  kj bukanlah isi UMNO.  dan rozai yang rapuh di Pendang bila besekongkol kj yang hanya kulitnya UMNO tetapi isinya Brader Anwar Bin Ibrahim twntulah sengaja mencari dahan reput untuk menumpang politiknya.  orang pendang boleh mengucapkan salam perpisahan kepada politik rozai.

Bukan hendak mengangkat hero veteran umno pendang, nampaknya hanya Dato' Wira Osman Abdul yang dapat 'titik' kb umno pendang ni.  Tugas besar dato' man bedoi utk cari, gilap dan asuh pemimpin baru (selain akrom) yang lebih dalam ikhlasnya untuk umno pendang. sihat umno pendang sihatlah sebahagian umno Kedah dan sihatlah juga sebahagian lagi umno Malaysia.

Pada pandangan aku rozai sudah berjaya dgn cemerlang melukai hati majoriti akar umbi pendang.

Saturday, June 5, 2010

BLOGGER PRO UMNO SEMAKIN MENGUNCUP?

Beberapa hari lepas, seorang lagi blogger yang selama ini begitu komited dengan nukilan maya beliau telah menutup/menamat/mematikan blog beliau.  Blogger yang saya maksudkan ialah Pusaka Ayahnda.  Aku benar-benar terkezut, malah kalau hendak di katakan sehingga tahap terkezut beruk, aku kena mengiyakan.  Tapi tidaklah sampai ke tahap BERUK HITAM yang semakin hitam laur dan dalamnya.

Apa sebabnya?  Aku kurang pasti.  Tetapi jika blogger seperti beliau yang selama ini begitu komited sehingga sanggup membahagikan kehidupan beliau kepada dua blok, satu untuk keluarga dan satu untuk blogging, maka tentu ada yang tak kena di sini.  Tugas terakhir beliau bersama Barisan Nasional adalah di Sibu.  Aku berani berkata mutu tulisan beliau jauh mengatasi tun pesal, pisau.net pun tak setajam Pusaka Ayahnda, mungkin lebih baik dari papagomo dan tak salah kalau aku katakan ia lebih sikit hebat dari rbf  kalaupun tak mengatasi kehebatan ABItW ataupun BigDog.  Cuma publisiti yang di terima tidaklah sehebat  Parpu kari, AIDC, Unspinner, X-pkr dan beberapa nama hebat yang lain yang sentiasa menyokong UMNO walaupun tidak 'favour' dengan pemimpin UMNO lain yang kebanyakan nya tahu mereka ini ada kurap, ada panau, ada kudis, ada pekong, ada busong, ada kanser dan pelbagai penyakit politik yang membebankan UMNO.  Sayangnya mereka ini bukannya mahu berubat, tetapi merebakkan pulak penyakit mereka ini kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang lain yang daya tahan penyakit politik mereka sememangnya lemah.

Kena bersin komisen sikit dah demam, kena geletek jawatan sikit dah melompat. 

Berbalik kepada blogger pro UMNO yang aku lihat semakin muak dengan sikap pemimpin-epmimpin UMNO tertentu yang samada menjadi lintah menghisap darah blogger, mahupun cuba menjadi hero kepada blogger tetapi tak kemanapun tujuannya, bagi aku sudah sepatutnya membuka mata pihak tertinggi parti UMNO terutamanya DS najib dan TS Muhyiddin.

Bukan sekali dua prk-prk yang berlalu di gunakan sebagai medium mengaut untung atas angin menggunakan nama blogger, malah cara dan tindakan mereka amatlah memualkan.  Tatkala UMNO cuba bangun mencari kekuatan, tika UMNO berdiri mencari hala baru, tika UMNO melangkah menuju perubahan, tika UMNO berlari mencari sokongan rakyat,  parasit-parasit UMNO masih lagi bergaya cara lama.  Gaya menggoda dana dengan pelbagai rona hebat tetapi cukup musibat!!!

Walaupun aku ini blogger kecil menumpang premis kawan di Kedah Kita, tetapi aku ada maklumat ttg perilaku prmipmipn-pemipmin tertentu yang tak habis-habis menggunakan blogger sebagai mesin mencetak wang peruntukan prk.  Bukti?  He he he...memang susah di buktikan bila tunai adalah 'mataair'nya, tetapi ia juga adalah rahsia umum di kalangan petugas parti di Command Centre(CC) yang cukup 'koman' tahap 'koman spanar'.

Tidak keterlaluan jika aku katakan tak perlupun CC di ujudkan utk prk-prk mahupun GE pada masa hadapan.  Halakan sahaja peruntukan untuk CC kepada perkara-perkara lain ysng lebih bermanfaat.  Nak ciluk untungpun biarlah berpada..kita hidup bukan ndak tongkat langit, sempadan dosa dan pahala bukannya tebal...hanya senipis kulit bawang.

Dan yang akhir sekali ingin aku luahkan ialah kekesalan aku dengan maklumat yang aku terima ini.  Jika salah sangkallah ia, tetapi jika benar sesallah dahulu agar kemudiannya menjadi berguna....

BENARKAH BAHAWA SEBENARNYA ADA PERUNTUKAN TERTENTU YANG UMNO SEDIAKAN(BACA DS NAJIB SEBAGAI PRESIDEN) BERIKA NKEPADA BLOGGER-BLOGGER PRO UMNO.  TETAPI TIDAK PERNAH SEORANG BLOGGER PRO UMNOPUN TERIMA WALAUPN JUMLAHNYA DI KATAKAN CUKUP UNTUK KEBAJIKAN LEBIH DARI 100 DAN HAMPIR KEPADA 200 ORANG BLOGGER PRO UMNO SEKIRANYA IA DI AGIHKAN SECARA TELUS SEPERTI YANG DI HARAPKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN TERTINGGI UMNO.

Aku harap ada jawapan yangikhlas untuk soalan yang ikhlas ini.  Ingatlah bahawa pihak pembangkang sanggup 'membela(upah) dan membela(undeng2) blogger2 mereka walapun terpaksa membayar dengan nilai yang tinggi, mengapa pula UMNO/BN tidak boleh?  Tak mampu? 

Thursday, May 20, 2010

PEMIMPIN UMNO KEDAH KENA BERUBAH

Salam hormat.

Apa pun yang akan berlaku, sama ada DUN Kedah terpaksa dibubar atau terus memerintah macam hari ini , ahli umno dan terutama sekali pemimpin umno tak perlu dok kucai perkara tu,
yang lebih penting dan patut dan kena buuat pemimpin umno dari peringkat Badan Perhubungan UMNo negeri, bahagian dan cawangan kena ubah kelaku dan perangai serta patuh pada hasrat
PM, Datuk Seri Mohd najib Razak.

Boleh keeee pemimpin umno Kedah berubah ?...........berpandu pengalaman selama ini, tak akan
berlaku, kerana kebanyakan pemimpin umno diperingkat negeri, bahagian dan cawangan di semua peringkat sayap bongkak dan sombong yang dicipta sejak depa jadi dan digelar pemimpin dalam umno.

kalau DS Aziizan Razak bubar DUN Kedah, jangan harap umno dan BN menang, kerana satu perkara paling dan maha besar akan berlaku, diantara pemimpin akan guna tajak dan kapak untuk potong kepala mana mana pemimpin yang dicalunkan dalam pilihan raya kecil itu.

Bukan cakap besar niiiii....itu laaa perangai pemimpin umno dari semua sayap yang ada dalam umno sekarang ni, dulu tak dak macam ni....

Pemimpiin umno terutama di Kedah dilihat taqk ikhlas ....semua tawar diri bertanding dalam semua jawatan dibahagian bukan nak bantu PM bangun negara, depa nak cari peluang, nak jadi
kaya melalui jawatan dalam umno, bila laaaaa pemimpin umno nak berubah ni...................

PRU13 nanti, umno dan BN akan berjudi hidup atau jadi pembangkang salepas itu...kalau
pemimpin umno tak sanggup berubah dan tukar perangai dari sombong dan bongkak serta ego kepada satu perangai yang lebih baik..alamat umno dan BN akan tmbang dalam PRU 13 nanti, bukan kerana rakyat termasuk saya tak sokong umno, tapi kerana meluat dengan perangai dan sikap angkuuh pemimpin umno yang ada sekarang, tidak termasuk PM dan TPM.

Blog ini berani kata macam ni kerana saya kenai semua pemimpin umno Kedah secara dekat, bukan terpaksa tinjau dari jauh, tapi boleh tegor depa setiap hari..........Nak tau sampai ada ketua bahagian yang lalu depan reporter pun tak kerling langsung, jauh sekali nak senyum, piiiirahhhh

Hampir setiap hari kelaku perangai pemimpin umno di Kedah kita boleh tengok, adalaaa sorang
dua yang mesra... tapi yang banyak nya sombong. Depa ni menang jadi ketua bahagian kerana depa banyak duit, beli pencalunan dan lepas tu beli pengundian, jadfilaaa ketua bahagian, jadilaaa ajk bahagian, jadi laaaaa ketua dan ajk pemuda, dapatlaaa jadi ketua wanita dan ajk bahagian, puteri umno lagi laaaaa teruk sejak akkhir akhir ini...................

Sejak akhir akhir ini, wanita dan ketua puteri umno bahagian rata rata hanya jadi penghias majlis diatas barisan kerusi VIP, apa pun depa tak buat bagi memantapkan umno dikawasan depa, buktinya ramai lagi yang tak jadi ahli umno dan jauh sekali pengundi,tapi depa tak ambil peduli pun...bila pemimpin mai, depa laaaa terhegeh hegeh ... ini laaa puncanya rakyat jadi meluat dan benci kepada umno, walaupun keturunana depa selama ini umno tapi masa tok wan depa dulu perangai pemimpin umno tak macam perangai pemimpin umno laaa niiii.

pasai tu laaaa dulu dulu ni mno cukup mantap dan kuat, tapi la niii , maha teruk dan maha kelamkabut .

Kepada pemim[in umno khasnya di Kedah, mai laaaa kita berubah jadi pemimpin yang ada akhlak, ada maruah dan ada semangat perjuangan untuk merampas balik Kedah ...

Kalau perangai pemimpin umno Kedah macam ada la niii, lebih baik serah Kedah pada pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang . PUAS HATI....

SALAM .

SAPA BAKAL MB KEDAH

Salam Merdeka dansalam Hormat kepada pembaca bolg Kedah Kita .

Kemelut bila DUN Kedah akan dibubarkan hangat macam air panas dalam cerek diatas dapor,

MB kedah la ni dok nafi, tapi dari dalam UMNO dok dakwa DUN Kedah akan dibubarkan?.

Pening kepala macam ni, yang MB kedah tu pun dok tunggu apa lagi...bubarlaaaa DUN Kedah
kalau dah task mampu nak tadbir lagi, masalah air pun tak selesai, masalah dan berbagai masalah
yang besar ada, tapi dok sembang besax juga.

Yang paling kita tak boleh tahan ni, nak tau laaaa sapa bakal jadi MB Kedah lepas DS Azizan Razak
turun..... tak kira llllaaah turun melalui tangga atau tingkap atau terjun....

Nak kata timbalan Badan Perhubungan UMNO Kedah, Dato Ahmad Bashah, tak berapa boleh percaya, nak kata Mahadzir Khalid, UMNO sendiri tak mau dah dekat dia, termasuk orang dikawasan dia sendiri, nak kata YB Ku Rahman di Yan tak nampak langsong kemampuan, pasai ketua bahagian dia sendiri pun dia tak mampu tegor....

Nak Kata Ahmad Lebai Sudin depa dok kata penderhaka UMNO pula, kalau YB Tajuddin macam mana, atau YB Azmi Bayu?.

Apa yang kita dengax, depa yang nak letak jawatan dan nak lompat parti tu pun tak berapa setuju kalau nama nama diatas jadi MB...........

Kalau macam tu, tunggu laaaaaaaaaa .....tunggu sampai ketua wanita UMNO Kedah jadi MB pasai dia adik beradik dengan PM la ni...Macam mana Dato Maznah, boleh keeeee jadi MB.

Tolak pi tarik mai.....campur dan campur lagi UMNO Kedah saperti "TAPAI" saja, nak makan sikit sangat , nak simpan tak boleh.....akhirnya dibiarkan rosak......

Semua ni kerana kepimpinanUMNO Kedah yang dipertanggung jawabkan kepada Datuk Seri Mohd Shaffie Apdal tak buat kerja dari UMNO Kedah hingga kecawangan.......masing masing dok
harap dan bergantung kepada PM dan TPM saja..

Maaf dan Salam Hormat.

Friday, May 14, 2010

AZIZAN MASUK UMNO?


Lama juga ayah tak masuk tumpang abang KK untuk menulis.  Tetapi hari ini macam ada ujaan semangat untuk ayah menulis.  Memang ayah amat teruja untuk menulis sehingga tak dapat di tahan-tahan lagi, umpama si teruna yang tidak tertrahan-tahan lagi untuk meluahkan isi hati berupa cinta terhadap sidara yang ntah dara lagi taupun tidak....

Hati ayah sentiasa dekat dengan Kedah, apatah lagi, air ketuban ibu ayahpun tumpah di Kedah, darah yang tumpah bersama ayahpun di Kedah.  Kalau bab mati tu bukan kerja ayah untuk mati di mana, biar Allah yang tentukan.

Kedah, walau hingga hari ini nampak tenang di permukaan, tetapi gelojak di dalam pada siapa yang rajin menyelam akan dapat melihat bagaiman tohornya air politiknya.  Begitu bijak Azizan berekspresi di khalayak sehingga jelata tidak perasan kocakan didasar.  Tentunya rakyat hairan bagaimana Azizan masih lagi nampak tenang walaupun beberapa ADUN PR dari kalangan PKR telah berpindah rumah.  Kalau dulu tanah dan kampung mereka dalam sepulau, kini mereka memilih untuk duduk di tanah sendiri, sebagai ADUN bebas.  Dakwa ADUN PKR yang memilih untuk menjadi ADUN bebas, ialah mereka lebih selesa dari berada sepulau dengan PAS yang nampaknya tidak menunjukkan sebarang langkah yang boleh meyakinkan bahawa pakatan mereka boleh bertahan sehingga PRU13 nanti kalaupun tidak selama-lamanya.

Boleh di perhatikan bagaimana resahnya blogger-blogger PAS dan ahli-ahli akar umbi PAS dengan situasi semasa yang sebenarnya amat begitu rapuh sekali, rapuh yang semakin mereput.  Apakah corak pemikiran mereka sama dengan corak pemimpin mereka?  Mereka sebagai ahli tentunya pemikiran mereka tidak selalunya sama dengan corak pemikiran pemimpin.

Apakah mereka pernah terfikir, apa yang sedang di fikirkan oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan bin Razak?  Begini, aku ada dengar spekulasi. pelbagai spekulasi, pelbagai pendapat.  Tetapi jika salah satunya itu paling wajar dari segi impak, mungkinkah beliau akan melakukan?

Semua mengetahui rahsia umum bahawa Pemimpin atasan PAS Kedah sendiri juga berpuak-puak.  Ada yang sokong Azizan, ada yang tidak dan ada pula yang berkecuali.  Bagaimana jika dalam keadaan genting sebegini, Azizan bertindak di luar dugaan pengikut beliau, pengikut puak satu lagi atau pengikut yang hanya menjadi pengikut PAS tanpa condong kepada mana-mana puak dalam PAS Kedah?  Jika dilihat patern yang di amalkan oleh DS Azizan, kita dapat lihat dalam beberapa isu dan kes, pendirian Azizan selaku Pesuruhjaya PAS Kedah berbeza pendekatan dan keputusannya dari PAS pusat. Kadang-kadang kelibat Azizan nampaknya seperti begitu moderate dan liberal.

Dan kalau dalam situasi yang memerlukan beliau membuat keputusan politik, diambilnya jalan untuk mengumpulkan pemimpin-pemimpin yang senada untuk mengikutinya, kemudian membuat satu pakatan kukuh dan kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat kerajaaan gabungan seperti yang di idamkan oleh beberapa pemipmin UMNO dan PAS Perak, tetapi tidak dapat di hasratkan kerana nafsu songsang Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak.  Dan sebagai satu kes untuk rujukan mereka pula berjaya melunaskan hasrat yang aku lihat tiada apa yang salahnya.  Ia menggambarkan Perpaduan dan sesetengah rakyat melihat ianya satu Perpaduan yang di idam-idamkan.

Iaitu jika di persetujui oleh sekutu, dia dari pihak PAS bergabung dengan UMNO Kedah untuk membentuk satu kerajaan yang kukuh sehinggalah ke PRU13 nanti.  Mungkin UMNO boleh berkrompomi dengan Ustaz Azizan untuk beliau kekal sebagai Menteri Besar, manakala stu lagi kerusi sebagai Timbalan Menteri Besar boleh di adakan untuk di isi oleh parti UMNO.  manakala barisan EXCOnya nanti bolehlah di berikan kelebihan kerusinya kepada PAS Kedah dan bakinya kepada komponen BN.  Atau jika ada penentangan yang keras, beliau dan kumpulannya mengishtiharkan keluar PAS dan menyertai UMNO dengan syarat kerusi Menteri Besar tetap milik beliau dan beberapa EXCO yang pro beliau kekal sebagai EXCO? Maka Kedah dan rakyatnya tidak lagi perlu memikirkan hal politik sehinggalah ke PRU13 nanti dan segala perancangan sebagai sebuah Kerajaan dapat berfungsi dan  di teruskan demi kesejahteraan rakyat.

Tetapi, beranikah Pesuruhjaya PAS Kedah ini bertindak sejauh itu?  Mahukah pula pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang sehingga saat inipun masih tidak dapat mententeramkan arus dan ombak pertikaian dalaman menggadai jawatan berundur selangkah kebelakang?  Walaupun sebenarnya tiadapun langkah ke hadapan yang di lakukan.  Bolehkah di kalangan pemimpin UMNO Kedah menerima jika Bashah menjadi Tim. Menteri Besar?  Takkanlah DSdRaja EmKay tidak melatah? Dan bagaimanalah pula latahan balas dari rakyat bila mana bukan Bashah sebaliknya EmKay yang menduduki kerusi Tim. Menteri Besar?

Jika ini berlaku, tentunya Kerajaan dapat  menyelamatkan berjuta-juta ringgit yang tentunya terpaksa di belanjakan jika terjadinya pembubaran dan di ikuti Pilihanraya Negeri.  Pilihanraya Negeri, saiznya bukanlah seperti PRK untuk Parlimen atau PRK untuk DUN.  Kedah ada 36 kerusi DUN, bayangkanlah bagaimana kerja-kerja yang perlu di lakukan dan bagaimana pula kos-kos yang sebenar dan kos-kos tersembunyi?  Sudah tentu lebih besar dari PRK Parlimen dan sememangnya pula lebih jauh besarnya kos yang perlu di guna untuk Pilihanraya Negeri berbangding PRK DUN.

Tetapi aku sebenarnya lebih melihat ke arah Pilihanraya Negeri.........

Blog rbf ada cerita dalam versi beliau sendiri.

Thursday, April 29, 2010

YANG TAK HORMAT TUANKU SULTAN HANYA KOMUNIS

Salam Sejahtera pembaca blog Kedah Kita.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah nampaknya terumbang ambing , nakhodanya Datuk Seri
Azizan Razak dah meloya , anak anak kapalnya dah mula buat celaru , hingga dalam dewan pun depa nak tanya sejauh mana kuasa Tuanku Sultan kedah dalam bidang agama.

Amboi, awat bodoh sangat ADUN Kubang Rotan ni, tak kan tak pernah pi sekolah, cik gu tak
pernah ajak kaa soal sejarah dan sejarah kesultanan Kedah. Awat bengang sangat ADUN ni, tu pun
boleh jadi ADUN, betui betui laaa PAS teruk sampai rakyat Kedah yang sebodoh ADUN tu pun depa ambil jadi calun.

Blog ni terterik betui nak tumpang sekaki bincang pasai ni, kerana penulis blog ni juga anak Kedah yang tak sanggup tengok kuasa Tuanku Sultan dipersoal... Apa dah jadi dengan ADUN PAS Kedah ni, kalau ADUN Kubang Rotan bodoh boleh lagi kita maaf, tapi speker pun teruk lulus soalan tu, apa niiii konsperasi ke atau nak cabar kuasa Tuanku .

Yang tak suka raja raja dan sultan yang penulis blog ni tau hanya mareka yang berpahaman komunis yang anti raja dan sultan, tak tau laahhh kot kot ideologi parti komunis malaya dah merebak ....Ideologi komunis bukan pilih sapa, dia tak kenai ADUN PAS ke atau beruk jantan
dan betina, asai selaras dengan pahamannya semua ok.... Jangan dok terkejut dengan suntikan
ideologi komunis laaa ni salepas depa letak senjata, depa la ni berjuang dalam pekan, dalam parti politik, dalam NGo dan dalam diri rakyat yang tak suka sultan dan raja.

Jangan dok heran bila ADUN Kubang Rotan persoal kuasa Tuanku Sultan Kedah dalam soalan
di dewan negeri Kedah baru baru ni.

Jangan tengok lancak baca doa dan hapal ayat koran komunis takut, kerana Tok Guru Nik Aziz pernah kata, dengan iblis pun kita boleh kawan, komunis bukan iblis lagi laaa boleh jadi kawan,
orang PAS jangan marah, ni kenyataan , laaa ni ramai orang melayu dah terima ideologi komunis secara depa tak tau dan tak sedar kerana menghalalkan bukan islam baca ayat ayat koraan dan
jemput bukan islam bercakap soal islam (tengok balik ceramah saorang india yang didaakwa
sebagai pengerusi Klab penyokong PAS yasng mai Kuala Ketil tiga bulan lalu dan lepas tu ribut kuat berlaku di Kuala Ketil sampai 370 buah rumah rosak ) dok jemput bukan islam bercakap dan kutuk ulama islam bukan dari PAS hanya kerja pemimpin PAS . Tu pun depa dok tak sedar sedar diri lagi....

Allah turun bala...tapi pemimpin PAS kata rahmat, dugaan ....

Balik soal kebodohan ADUN PAS dari Kubang Rotan tu, awat laaa bendui sangat dia ni, kalau ada
pun konsperasi , hanga jangan laaa bawa soalan tu, bagi laaa ADUN DAP tu bercakap....

Tu puun Azizan kata tak perlu minta maaf ....jahanam habis Kedah lagi lamaaa PAS perintah.
sampai Tuanku Sultan pun depa dah tak mahu hormat ..parti islam apa niii...

Sekian dulu dari bloh KEDAH KITA..

Tuesday, March 16, 2010