Monday, November 23, 2009

KOTA SEPUTIH JANGAN JADI PERMATANG PASIR DI PERMATANG PAUH

Salam hormat pembaca yang dihormati.

Sah DUN Kota Seputih kosong...

Inilah padahnya bila Umno pilih calun wakil rakyat yang tidak amanah.
Lupa tanggung jawab, wakil rakyat yang macam tu boleh dicap sebagai pecah amanah
dan lari dari tanggung jawab yang diamanahkan rakyat dan Umno kepadanya.

Mampukh kekosongan DUN Kota Seputih dikekalkan ditangan Umno?, persoalan ini
amat berat untuk dijawab kerana kekecewaan pengundi yang telah mengundi Abu Hassan
kini amat ketara sangat jika ditinjau diwarong kopi dan rumah disekitar Kota Seputeh.

Apa pun biarlah pengundi DUN Kota Seputih sekali lagi buat keputusan, tetapi biarlah
keputusan yang bakal dibuat nanti tidak merugikan Umno dan masa depan orang melayu.

Kepada Pucuk PimpinanUmno, perlu beringat, jangan ulangi sekali lagi salah pilih calun
saperti yang berlaku kepada calun Umno di Permatang Pasir Permatang Pauh sabelum ini yang serba bermasalah dari hujung rambut hingga kehujung kaki.

Yang pitam salepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu pengerusi badan Perhubungan negeri Pulau Pinang, Dato Sri Zahid Hamidi.

Serta keputusan pilihan raya kecil Kota Seputih nanti adalah jawapan kepada semua dakwan
pemimpin Umno dalam Badan Perhubungan Umno Kedah selama ini yang mendakwa berbagai
bagai keistimewaan dan keajaiban yang telah mareka cipta.

Blog ini hanya ingin menginggatkan, kerana waktu banyak duit pemiliknya sering terlupa kepada apa yang perlu dilakukan kepada duit itu, tetapi bila duit dah habis mulalah menyesal...

Jelas sekali bila Abu Hasan Sharif buat kenyatan media tawar diri untuk jadi calun sekali lagi
di Kota Seputih. Aduhai malunya.................selama ni Dato dok buat apa ?, tu laaa jangan buas sangat, jangan laaaa dok ketuk pintu bilik hotel tak tentu hala.

Hingga ini kepimpinan Badan Perhubungan Umno Kedah bukanlah hebat sangat, kerana hingga ini tak nampak apa satu pun yang telah mareka buat, buat kenyatan dalam akhbar depa tau
laaa, nak tutup kelemahaan dan diikuti dengan sokongan kenyatan dari mareka yang merasa perlu dibuat kenyatan menyokong, dalam hal ini Dato Bashah cukup cekap, tinggal ketua pembangkng (Tok Det ) yang ketinggalan kerana media nampaknya langsung dah tak pedulikan dia lagi..

Dalam soal Kota Seputih, baberapa nama telah kedengaran disebut sebut mampu jadi calun, antaranya Dato Mukhriz Tun Mahathir, yang dok geli sangat la ni timbalan ketua bahagian Jerlon, yang ada peluang juga Dato Abdul Rahman Ariffin bekas exco Kedah dulu, Ketua Pemuda pun nampaknya tengah suruh pengikutnya sebut nama dia sama, ketua wanita tak nampak gaya Ketua Puteri langsung langsung ... apa pun keseluruhan kepimpinan Umno di sana tengah gelabah dan bermimpi nak jadi calun di Kota Seputih . Tapi jangan lupa kalau letak semua tu tak nampak jalan nak menang.

Apa pun Dato Sri Najib dan Tan Sri Muhyiddin perlu tengok sama , jika Kota Seputih terlepas ketangan PAS pilihan raya umum ke13 nanti Kedah parah, slogan Kedah menang rakyat senang tak akan menjadi kenyatan.

Dato Sri berdua jangan dok percaya 100 % laporan dari pemimpin Umno Kedah, depa semua nak buat kelabu mata Datu Sri berdua sajak, kami diKedah ni tau laa apa yang depa dok buat.

Dato Sri selalulah baca blog dari Kedah, bukan semua hentam, kami juga sayangkan kedah, kami juga orang Umno, pasai tulaaa kami tegor, kami desak dan kami bantai kerana kami tau apa yang pemimpin Umno di kedah disemua peringkat buat selama niiii.

Dan inilah peluang dan masanya Kedah nak cari penganti pengerusi Badan Perhubungan Umno kedah mengantikan Dato Sri Shafie Apdal. Kota Seputih adalah ujiannya

Pilihlah calun yang mampu menang dan bakal dipilih mengantikan Shafie Apdal untuk menerajui Badan Perhubungan Umno Kedah. Inilah masanya dan inilah ketikanya , jika calun Umno di Kota Seputih Umno menang , Kedah akan menang pilihan raya umum ke13 nanti, jika calun Umno di Kota Seputih kalah, bermakna Kedah akan terus berada dalam cengkaman Pakatan Rakyat.

Umno perlu berhati hati pilih calun diKota Seputih. Kalau tanya Man Pin dari Pokok Sena pun dia kata dia layak.

Kita jumpa di Kota Seputih nanti. Terima kasih..

Friday, November 20, 2009

KENYATAAN SHAFFIE APDAL DALAM UTUSAN MEMALUKAN.

Selamat bertemu.

Seluruh pembaca akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19 Nov 2009 telah membaca kenyatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno kedah, Dato Sri Shafie Apdal yang mendakwa tidak ujud kem dalam Badan Perhubungan itu, kerana ia hanyalah persepsi pihak luar.

Dato Sri Shafie juga mendakwa bila beliau panggil semua ketua bahagian untuk bermesyuarat semuanya datang. ( kerana Datuk Sri hidang gula )

Blog ini amat bersetuju dengan cadangan penulis ruangan cuit yang mahukan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

Biarlah Tun Mahathir jadi pengerusi BPUKedah , kita pakat tengok macam mana dengan Dato Sri Mahadir Khalid yang masa dia jadi menteri besar Kedah, Tun M lepas jawatan dia atur orang hentam dan hina Tun M atas arahan boos dia ketika itu yang ambil alih teraju kepimpinan negara.

Kita tinggal sekejab siapa yang layak jadi pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, soalnya sekarang mampukah Shafie berhadapan dengan isu DUN Kota Siputeh yang kini "kosong" akibat kejahilan saorang bekas wakil rakyat dari Umno yang dah hampir empat penggal jadi wakil rakyat tapi masih tak reti bahasa dewan negeri .

Terus terang kita katakan Umno Kedah tak mampu membina perpaduan untuk pertahanakan Kota Siputeh dalam pilihana raya kecil nanti , jika pilihan raya kecil itu benar benar berlaku.

Untuk pengtahuan Dato Sri Shafie, dibahagian akar umbi Umno Kedah kini bercelaru dan berserabut kerana kepimpinan diperingkat bahagian dan cawangan tak buat kerja , blog ini minta Dato Sri tunjuk apa projek yang sedang dilakukan membabitkan semua sayap dalam Umno di kedah?.

Kalau Dato Sri nak tahu hampir semua bahagian di kedah kini ketua bahagiannya "bermasam muka "dengan timbalan, malah ada yang bertelagah dengan ketua wanita , ketua pemuda dan ketua puteri.

Jangan buat andaian dengan kehadiran semua (yang jelasnya bukan semua) ketua bahagian bila dipanggil mesyuarat (walaupun diluar kawasan Kedah ) semuanya akan hadir, kenyatan Dato Sri tak tepat, cuma nak tutup kelemahan sahaja, sabenarnya ada baberapa orang yang jarang hadir malah hanya hadir sekali dua sahaja .

Terus terang blog ini tegaskan, Dato Sri Shafie dan Datuk Paduka Ahmad Bashah tak layak langsung terajui Badan Perhubungan Umno kedah.

Dato Sri buat ukuran kehadiran kemajlis baru baru ini di Yan , dengan perpaduan Umno Kedah,
hampir 99 peratus yang hadir diangkut dengan bas percuma dari seluruh negeri Kedah, Pulau Pinang dan Hulu Perak. Datang dengan bas percuma bolehkah dijadikan ukuran Umno Kedah dah kuat?.

Dalam mengembalikan "maruah " Umno Kedah Dato Sri perlu berkorban dengan MELEPASKAN JAWATAN pengerusi jika Dato Sri benar benar sayangkan Umno Kedah, jika Dato Sri berundur masih ramai lagi pemimpin Kedah yang mampu menerajui badan perhubungan Kedah termasuk, bekas menteri besar, Tan Sri Osman Arof, Dato Ahmad Lebai Sudin, Dato Paduka Abd Rahman Ibrahim, kalau bukan pun Tun M.

Ahmad Bashah langsung tak layak mengantikan Dato Sri, kerana sepanjang tempoh ini dia hanya mampu buat kenyatan dalam media untuk menyokong sahaja, tak berani langsung nak bersuara menegor ada kelemahan besar dalam Umno Kedah selama ini salepas Dato Sri Mahadir Khalid "serahkan Kedah " pada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke12 lalu.

Kalau dah tok man arop pun tak layak kerana dia ada masalah dengan mantan PM Tun M, yang didakwa menjadi dalang dalam mengagalkan hasrat Tun M nak jadi perwakilan Umno Kubang Pasu sabelum ini ke persidangan agung Umno, Datuk Paduka Abd Rahman Ibrahim pun tak layakkah jadi pengerusi, kalau Tok Man ni pun tak layak, Dato Ahmad Lebai Sudin macam mana pula.

Tokoh dari Pokok Sena ni yang selama ni jelas menunjukan berani bersuara hingga pernah digantung tidak bertali dan akhirnya dilepaskan pun tak layakkah jadi pengerusi .

Kalau semua tak layak JELASLAH UMNO KEDAH KINI SEMAKIN TENAT.

Untuk pengtahuan Dato Sri, tak ada apa yang dibuat oleh wanita , pemuda dan puteri diperingkat bahagian dikedah la ni. semuanya dok temberang pada Dato Sri sahaja, Dato Sri bukan turun kebawah nak tinjau permasalahan Umno, Dato Sri cuma buat ukuran dengan kehadiran ketua ketua bahagian dalam mesyuarat yang Dato Sri panggil .

Kenapa tak beri tempat pada Datuk Sri Abd Kadir Sheikh Fadzir dalam badan Perhubungan Umno Kedah, tak layakkah tokoh ni duduk dalam badan itu untuk sumbangkan idea .

Apa pun Kota Siputeh akan menjelaskan segala dakwan Dato Sri yang mengatakan tidak ada masalah dan kem dalam Umno kedah.

Perlu diingat, kekalahan Dato Ariff Shah dalam pilihan raya kecil perlimen Permatang Pauh bukan kerana Anwar Ibrahim kuat disitu, tetapi kerana ujud kem dalam Umno bahagian itu
hingga membawa kepada kekalahan calun BN itu yang mulanya dijangkakan mampu merampas kerusi berkenaan satelah dikosongkan oleh Wan Azizah.

Ahli Umno Kedah perlu bertanya : BERAPA KALI BADAN PERHUBUNGAN UMNO KEDAH BERMESYUARAT MENGENAI USAHA MENAWAN BALIK KEDAH DARI PAKATAN RAKYAT DAN BERAPA KALI DATO SRI SHAFIE BALIK KEKEDAH SEJAK DIA JADI PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO KEDAH. ( sumber rujukan dari ketua ketua bahagian Umno di kedah ).

Terima Kasih kepada pembaca blog KEDAH KITA.

Monday, November 16, 2009

APA JADI KERUSI KOTA SEPUTIH

Sidang pembaca yang dihormati.

Keputusan mahkamah telah memutuskan kerusi Barisan Nasional (BN) DUN Kota Seputih
dikosongkan gara gara bekas ADUN BN kawasan itu Hassan Shariff tak hadir lebih sekali sidang dewan negeri.

Dia pi mana ? tak pi bersidang didewan, mengantuk ka atau sakit, kalau sakit pun dapatkan surat doktor, jangan dok pi cari tok bomoh yang tak boleh bagi surat cuti sakit.

Nampak sangat bekas ADUN ni tak hargai undi rakyat dalam pilihana raya ke 12 lalu, . dia bukan baru jadi wakil rakyat, dah berkulat kerusi DUN tu dia duduk .

Ni laa masalah disiplin wakil wakil rakyat BN terutama dari Umno, depa ingat depa berkuasa
penuh bila angkat sumpah jadi ADUN, depa buat apa yang depa nak buat, depa bercakap ikut mulut, nak maki sapa pun depa maki, nak kata wartawan sokong pembangkang depa kata
tak pikiar dah yang wartawan nilah selama ni dok tulong mareka, malah ada yang dok tutup
keburukan depa takut BN kalah, tapi wakil rakyat macam ni tak boleh pakai dah,

Bagi pengundi di Kota Seputih, buatlah keputusan bijak jika berlaku pilihan raya kecil nanti,
jangan kerana marah kat Abu Hassan kita pakat pakat sokong calun Pas,

Tapi kalau Abu Hasan mai ke bilik gerakan halau dia macam halau lembu, kerana dia Umno Kedah akan hilang satu kawasan .

Dalam tv tunjuk dia dok melenggung dikawasan mahkamah di Kuala Lumpur, melenggung apa
lagi , satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan.............................................,

Kalau janji dengan betina tak pernah mis, tepat masa, tapi kalau nak pi dewan kata sakit dan berbagai alasan..................kalau ada lagi sorang dua wakil rakyat Umno di kedah buat perangai macam Abu Hassan ni, lingkup Umno Kedah dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Ketua pembangkang, Dato Det dok buat apa, tak tegor anak buah tak mai sidang dewan , ni lah
perangai pemimpin Umno di Kedah, benda yang boleh tegor depa tengok saja, biax sampai terssungkur..............

Kalau macam ni, haru hara habis .........................

Alasan apa yang kita (UMNO) nak bagi tahu pengundi di Kota Seputih ?, tajuk apa yang kita
nak bercakap suroh undi balik calun BN ?,

Kalau Abu Hassan gila, sakit, hilang upaya, bolehlah kita pujuk pengundi suruh teruskan sokong
calun BN, tapi dia senaja tak pi sidang dewan, dia tolak amanah pengundi yang sokong dia, dia tak ambik berat amanah pengundi sokong dia sebagai wakil rakyat, dia besar kepala, dia waktu tak hadir dewan buka dia terlantar di hospital...........................

Kalau pengundi di DUN Kota Seputih sayangkan Umno dan BN sokonglah calun yang dipilih nanti, jangan merajuk , jangan jadi pengundi di Bukit Selambau, jadilah pengundi di Bagan Pinang.

KERAMATKAN SLOGAN INI..
KEDAH MENANG TOK DET, SHAFIE APDAL, BASHAH, NAWAWI SENANG LENANG.

Thursday, November 12, 2009

TUKAR MAREKA YANG TAK BERWIBAWA DALAM BADAN PERHUBUNGAN UMNO KEDAH

Assalamulaikum kepada semua pembaca blog Kedah Kita .

Blog ini menulis dengan tujuan hanya satu, untuk menginggatkan mareka yang diberi amanah menerajui Badan Perhubungan Umno Kedah .

Jika Dato Sri, Dato dan Yb rasa tidak mampu memberikan buah fikiran kepada Badan Perhubungan Umno Kedah untuk melakukan perubahan berani disemua peringkat cawangan dan bahagian Umno di Kedah dalam usaha merampas balik Kedah dari Pakatan Rakyat yang diterajui Datuk Sri Azizan Razak , lebih baik anda semua letak jawatan sabelum Kedah jadi bubur.

Kalau dah tak mampu nak berikan pandangan, lebih baik beri laluan kepada orang lain yang lebih layak dari anda semua untuk membuat perubahan yang lebih berani di Kedah.

Kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato Sri Shafie Apdal, timbalan, Datuk Padukan Ahmad Bashah Hanipah, Setiausaha Badan Perhubungan, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri lebih baik letak jawatan saja dan ganti dengan orang lain kerana dilihat TIDAK MAMPU membawa perubahan .

Jangan biarkan Kedah terus dikuasai PR satelah pilihan raya umum ke 13 nanti kerana anda
yang diberi tabnggung jawab tak buat apa apa langsung untuk mengerakkan semua peringkat
Umno di Kedah yang kini amat lesu .

Kenapa ini harus berlaku?, Umno Kedah yang satu masa dulu hebat dan digeruni pembangkang tiba tiba "ranap" dan kini lesu.

Salepas ini, salepas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin merayu dalam majlis di Yan pada 12 nov (hari ini) supaya kita bersatu , tidak akan menjadi kenyataan, tunggu
dan lihatlah sendiri nanti...

Sebagai pemimpin kecil Umno kami amat keciwa dengan apa yang berlaku dalam Umno Kedah disemua peringkat masa ini.

Kerana kebanyakan pemimpin Umno diperingkat bahagian Umno, Pemuda, Wanita dan Puteri
tak sanggup jadi penegor, hanya merelakan diri jadi pak anggung dan mak angguk dalam banyak
perkara kerana takut tak tersenarai sebagai calun dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Kalaulah macam ni yang ada buatlah majlis apa pun, berilah nama apa pun tak akan tercapai matlamat nak rampas balik Kedah, kerana kebanyakannya bersikap pura pura saja depan pemimpin yang datang dari pusat.

Apa yang dilihat di Yan kebanyakan pemimpin Umno semua peringkat di Kedah berebut nak tunjuk muda kepada timbalan presiden .

Kepada Dato Sri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, kalau dah rasa tak mampu nak pimpin Umno Kedah lebih baik berundur awal sabelum Kedah jadi lebur dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Ini bukan mengutuk atau merendaahkan kemampuan , tapi satu pandangan yang perlu diambil kira demi PRU 13 nanti, sama ada nak rampas Kedah dari PR atau nak sedekahkan Kedah kepada PAS, KEADILAN dan DAP .

Pergeseran kepimpinan disemua peringkat bahagian Umno di Kedah tidak pernah ditegor,
hingga kini hampir semua bahagian di Kedah bermasalah antara ketua bahagian dengan timbalan, ketua bahagian dengan ketua wanita dan pemuda.

Malah yang paling memalukan ada dua tiga ketua Umno bahagian diKedah dah dok pasang angan angan nak jadi menteri besar Kedah lepas PRU 13 . Ayo yooooooooooooooooooooooo
tambi.

Saya tidak akan minta maaf dengan tulisan ini demi masa depan Kedah .

FIKIR, RENUNG DAN BUATLAH KEPUTUSAN SABELUM TERLAMBAT.

TERIMA KASIH.

Wednesday, November 11, 2009

PEMIMPIN UMNO KEDAH LESU

SELAMAT BERTEMU DAN SELAMAT MEMBACA BLOG KEDAH KITA.

Jangan salah anggap. blog ni bukan nak hentam sesiapa, tetapi dalam usaha nak rampas balik kedah dari Pakatan Rakyat (PR) kita tak naampak langsung apa yang kepimpinan Barisan Nasional (BN) Kedah daah buat, atau apa yang dah Perhubungan Umno kedah lakukan.

Dalam dok congak dan tolak rasanya Perdana Menteri tak boleh tunggu hingga empat tahun lagi nak buat pilihan raya umum ke13, kita rasanya ada masa dua tahun lebih sikit lagi saaja nak hadapi PRU 13 soalnya apa yang dalam kita lakukan yang betui betui dapat tumbangkan PR Kedah.

Ni lah soalnya sekarang yang Kedah Kita dok kalut, dok ajak semua orang Umno bersatu, terutama dikalangan pemimpin Umno di kedah , stop sat dulu mengkelai tak puas hati kalah atau tersingkir masa bertanding baru baru ni, dan yang menang pun jangan laaa berlagak sangat, mentang mentanglah hampa menang, dok kutuk pula puak yang kalah, inilah puncanaya Melaka terlepas ketangan penjajah, puncanya macam ni lahh ,kerajaan Temasik jatuh ketanggan tentera Jawa. Punca nya dengki dan tak puas hati dan bila berkuasa nak balas dendam.

Rupa rupanya di kedah ni pun ramai anak cucu Sang Rajuna Tapa yang sanggup buka pintu kota kerajaan Temasik bagi tentera Jawa masuk kerana tak puas hati saja. Di Kedah depa sanggup duduk semeja dengan pemimpin PR nak kekalkan kerajaan PR diKedah.

Ni lahhh perangai orang Umno, masukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk dalam poket depa ok, tergelincir sikit saja mula laa nak jadi Sang Rajuna Tapa

Dikalangan pemimpin sayap dalam Umno pun satu, tak dengar sora langsusng, mana pi ketua Wanita (IBU) ketua Puteri, Ketua Pemuda dan Pengerusi Perhubungan negeri ?

Kalau diperingkat negeri macam tu diperigkat daerah lagi laaaa teruuk, depa dok cari peluang saja nak tambah duit, jangan kata nak buat kerja tambah ahli kaaa, tambah pengundi ka
tak nampak langsong yang DEPA DOK KALUT tambah projek yang sedia ada nakjadi lebih kaya.

Berpada kaaa ketua cawangan saja dok teriak dibawah yang ada jawatan lambat lepada nak terkam pi jumpa timbalan presiden saja nak tunjuk lagak , tapi dikawasan sendiri punah......

Nasib baik lah orang Umno dibawah ni ada sikit kesetiaan pada parti kalau tidak PR raya sakan.

Nak tunggu slogan yang timbalan umum hari ni 12 nov di sekolah agama Yan pun nampak tak
begitu kemas, orang kedah kata "ceroi " saja, kalau macam ni tak nampak langsung jalan nak ambil balik Kedah dari PR dalam PRU 13 nanti.

Kalau Kedah tak boleh dirampas balik yang bertanggung jawab ialah Pengerusi Perhubungan, Ketua ketua bahagian, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Ketua Pemuda Kedah perlu bertanggung jawab..

Ramai pemimpin Umno di Kedah selalu bercakap retorik saja tak kira tempat, tapi tak nampak bukti, contoh waktu Datuk Sri Najib mai ke Felda Teloi, Ketua Wanita Kedah tak nampak batang tubuh dia yang sesihat tu, antara dailog yang diucapkan ketika ada yang mengajaknya mai kemajlis itu dia berkata " minta maaflah......I tak mau pi laaaa....panassss.....tak sesuai.............". Inikah suara ketua wanita Umno kedah Maznah Hamid yang digelar Iron Lady.....


Kalau semua pemimpin Kedah macam Maznah, bungkuih habis Kedah dalam PU 13 nanti..

Sapa laaaaaaa yang lantik dia jadi ketua wanita Kedah, Pengerusi Perhubungan Kedah, timbalan presiden atau presiden Umno sendiri .

Depa tak tengopk kaaaa "badan dia" macam tu, tak dak dah kaaaa orang lain yang lebih layak, kalau kata dah tak ada dah nampak nya Umno Kedah benar benar ketandusan pemimpin.

Harap Pengerusi Badan Perhubungan bagi laaaaaa jawaapan jangan dok diam, kita perlu menang, kalau macam ni macam mana nak menang ........................

Nampaknya PRU 13 nanti Kedah wassalammmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

Friday, November 6, 2009

MAJLIS PELANCARAN 1MALAYSIA DIJERAI

Oleh kerana aku siarkan maklumat berkenaan majlis pelancaran berkenaan dan terdapat perubahan, maka aku juga perlu membuat pindaan/pembetulan terhadapa posting berkenaan. Aku CnP dari blog YB Tajuddin.



Wednesday, November 4, 2009

BN MENANG KEDAH SENANG.


Diharap blogger-blogger Kedah yang pro-UMNO/BN akan CnP logo BN MENANG KEDAH SENANG yang terdapat disebelah kanan atas blog ini untuk ditampalkan kepada blog masing-masing sebagai tanda menyokong usaha untuk mengembalikan Kedah kepada UMNO/BN.

Sementara itu satu majlis pelancaran secara resmi GERAKAN 1MALAYSIA Peringkat Negeri Kedah dengan tema BN MENANG KEDAH SENANG akan diadakan pada:

HARI: KHAMIS
TARIKH: 12hb NOV 2009

JAM: 4.00 PETANG

LOKASI: PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PANTAI
KUALA KEDAH


PERASMIAN AKAN DILAKUKAN OLEH:
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
(TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA)


Seluruh rakyat Kedah adalah dialu-alukan untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis perlancaran berkenaan yang diadakan secara terbuka.

Tuesday, November 3, 2009

BERSUARALAH DEMI UNTUK KEBAIKAN UMNO KEDAH

SELAMAT MEMBACA.

Nampaknya penyakit " khianat " dan penyakit " penting diri" kini semakin jelas berlaku dalam semua peringkat Umno dinegeri kedah, keadaan ini langsung tidak dapat dikawal oleh
pucuk pimpinan Umno Kedah yang diterajui Datuk Sri Shafie Apdal.

Dimana mana setiap hari ini pemimpin berbagai peringkat dalam Umno Kedah dok bercakap soal kegagalan Shafie membawa perubahan kepada corak kebangkitan Umno Kedah dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti dalam usaha "ambik balik" Kedah dari Pakatan Rakyat.

Kerusi Pengerusi ,timbalan, ketua wanita, ketua pemuda, ketua puteri dalam badan perhubungan negeri dah lama depa duduk , tak nampak apa lagi "tsunami "yang melanda Kedah
sejak perlantikan dibuat, samaada Shafie Apdal tak ada idea tak masuk akai kerana dia kata
masa baru dilantik dia nak bawa cara Sabah untuk dilakukan di Kedah,tapi tinggal tak
sampai dua tahun dah nak PRU 13 habuk pun tak tarak.....

Sebagai orang Umno yang suka buat tegoran demi untuk kemenangan Umno dikedah blog ini
berharap Presiden Umno Datuk Sri Mohd Najib buatlah langkah cepat sikit perubahan kepimpinan dalam Badan Perhubungan Umno kedah. Kerana sejak Shafie dilantik tak ada apa
yang ketara, orang Pas dan pemimpin Pas dah banyak kali buat kenyatan depa tak gentar
langsung dengan kepimpinan Umno Kedah sekarang.

Janganlah dok tunggu seminggu lagi nak bubar perlimen baru nak bergerak buat kerja yang kerja tak pernah kita buat, rakyat akan gelak dan juih mulut bila tengok pemimpin Umno masuk kampung nak cerita apa yang kerajaan dah buat bantu depa .

Perangai ni perangai lama, sejak Datuk Presiden buat ucapan bersemangat semasa persidangan
Umno di PWTC bukan main lagi depa angguk kepala, semua kepala depa angguk tapi bila balik
kampung depa lupa , ni laa semangat orang Umno depa sanggup duduk dibawah kerajaan pembangkang, tetapi depa tak sanggup nak perbetui kelemahan dalam umno sendiri .

Kalau macam ni, Kedah akan jadi Kelantan , bermimpilah pemimpin Umno nak rampas balik Kedah dan Kelantan dari Pas dan Pakatan Rakyat, sampai matahari atas kepala pemimpin umno yang tak ada semangat ni dok bermimpi disiang hari dan bila depa bangun dari tidur depa buat
cerita katun kepada para ahli , Umno mampu rampas balik kedah dari PR...adui...sakit kepala dengan gaya kepimpinan Umno Kedah hari ini ,

Nak rampas macam mana, apa yangdah kita buat... dok bersemangat tak tentu hala, kerja tak buat buat...

Macamlah ketua Pneragan UmnoMalaysia mai Kedah baru baru ini dok buat ucapan retorik saja,
waktu ni Pak Mat bukan waktu retorik lagi waktu ni kita kena tanya ketua cawangan pasai apa depa tak bergerak, kita tanya ketua bahagian pasai apa duduk diamm tak ada duit masukkkkkk
ke... kita tanya pengerusi perhubungan negeri apa pasai tak pernah jenguk mai tengok kedah dah lama dahhhh.

Ni la dikatakan sindrom bisu dan sindrom jaga perut yang diamalkan oleh hampir semua ketua
ketua bahagian dan ketua cawangan, ketua Wanita, Ketua pemuda dan Ketua Puteri dalam Umno Kedah, penyakit takut hilang jawatan, penyakit takut hilang imbuhan, tapi bila ada Perdana Menteri letak jawatan , ramai pula cicak dan mengkarung dalam Umno berani cerca
mantan PM saperti yang dilakukan terhadap Tun Mahathir .

Berani pula ketua pemuda ketika itu kutuk Tun M, tapi bila isu lain yang sepatutnya depa menjerit, tak dengar pun suara depa, inilah yang dikatakan Panglima Badul , tapi bila Tun M
pi ke Langkawi, puak ni jadi beruk makyey lani..

Berubahlah wahai pmimpin Umno di Kedah, jangan sampai kubur hampa nanti dikencing dan diberak oleh orang melayu yang rasa kesal dan merana kerana hampa tak buat kerja waktu hampa ada kuasa...

Janganlah jadi pembodek bila kita ada kuasa, janganlah jadi pengkhianat bila kita dah hilang
kuasa.

Jangan jadi macam pemimpin Umno Puau Pinang, waktu Barisan nasional berkuasa disana, apa
yang pemimin ni buat,tapi bila dah hilang kuasa depa pandai pula ajak orang melayu yang hilang
arah ni buat perhimpunan haram di KOMTAR.

Janganlah jadi pemimpin hipokrit, buat istana dan rumah mewah dengan menjual nama ahli Umno .......................................

Sabelum terjunam buatlah perubahan drastik sabelum PRU 13 sampai.....

SALAM HORMAT.