Thursday, May 20, 2010

PEMIMPIN UMNO KEDAH KENA BERUBAH

Salam hormat.

Apa pun yang akan berlaku, sama ada DUN Kedah terpaksa dibubar atau terus memerintah macam hari ini , ahli umno dan terutama sekali pemimpin umno tak perlu dok kucai perkara tu,
yang lebih penting dan patut dan kena buuat pemimpin umno dari peringkat Badan Perhubungan UMNo negeri, bahagian dan cawangan kena ubah kelaku dan perangai serta patuh pada hasrat
PM, Datuk Seri Mohd najib Razak.

Boleh keeee pemimpin umno Kedah berubah ?...........berpandu pengalaman selama ini, tak akan
berlaku, kerana kebanyakan pemimpin umno diperingkat negeri, bahagian dan cawangan di semua peringkat sayap bongkak dan sombong yang dicipta sejak depa jadi dan digelar pemimpin dalam umno.

kalau DS Aziizan Razak bubar DUN Kedah, jangan harap umno dan BN menang, kerana satu perkara paling dan maha besar akan berlaku, diantara pemimpin akan guna tajak dan kapak untuk potong kepala mana mana pemimpin yang dicalunkan dalam pilihan raya kecil itu.

Bukan cakap besar niiiii....itu laaa perangai pemimpin umno dari semua sayap yang ada dalam umno sekarang ni, dulu tak dak macam ni....

Pemimpiin umno terutama di Kedah dilihat taqk ikhlas ....semua tawar diri bertanding dalam semua jawatan dibahagian bukan nak bantu PM bangun negara, depa nak cari peluang, nak jadi
kaya melalui jawatan dalam umno, bila laaaaa pemimpin umno nak berubah ni...................

PRU13 nanti, umno dan BN akan berjudi hidup atau jadi pembangkang salepas itu...kalau
pemimpin umno tak sanggup berubah dan tukar perangai dari sombong dan bongkak serta ego kepada satu perangai yang lebih baik..alamat umno dan BN akan tmbang dalam PRU 13 nanti, bukan kerana rakyat termasuk saya tak sokong umno, tapi kerana meluat dengan perangai dan sikap angkuuh pemimpin umno yang ada sekarang, tidak termasuk PM dan TPM.

Blog ini berani kata macam ni kerana saya kenai semua pemimpin umno Kedah secara dekat, bukan terpaksa tinjau dari jauh, tapi boleh tegor depa setiap hari..........Nak tau sampai ada ketua bahagian yang lalu depan reporter pun tak kerling langsung, jauh sekali nak senyum, piiiirahhhh

Hampir setiap hari kelaku perangai pemimpin umno di Kedah kita boleh tengok, adalaaa sorang
dua yang mesra... tapi yang banyak nya sombong. Depa ni menang jadi ketua bahagian kerana depa banyak duit, beli pencalunan dan lepas tu beli pengundian, jadfilaaa ketua bahagian, jadilaaa ajk bahagian, jadi laaaaa ketua dan ajk pemuda, dapatlaaa jadi ketua wanita dan ajk bahagian, puteri umno lagi laaaaa teruk sejak akkhir akhir ini...................

Sejak akhir akhir ini, wanita dan ketua puteri umno bahagian rata rata hanya jadi penghias majlis diatas barisan kerusi VIP, apa pun depa tak buat bagi memantapkan umno dikawasan depa, buktinya ramai lagi yang tak jadi ahli umno dan jauh sekali pengundi,tapi depa tak ambil peduli pun...bila pemimpin mai, depa laaaa terhegeh hegeh ... ini laaa puncanya rakyat jadi meluat dan benci kepada umno, walaupun keturunana depa selama ini umno tapi masa tok wan depa dulu perangai pemimpin umno tak macam perangai pemimpin umno laaa niiii.

pasai tu laaaa dulu dulu ni mno cukup mantap dan kuat, tapi la niii , maha teruk dan maha kelamkabut .

Kepada pemim[in umno khasnya di Kedah, mai laaaa kita berubah jadi pemimpin yang ada akhlak, ada maruah dan ada semangat perjuangan untuk merampas balik Kedah ...

Kalau perangai pemimpin umno Kedah macam ada la niii, lebih baik serah Kedah pada pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang . PUAS HATI....

SALAM .

SAPA BAKAL MB KEDAH

Salam Merdeka dansalam Hormat kepada pembaca bolg Kedah Kita .

Kemelut bila DUN Kedah akan dibubarkan hangat macam air panas dalam cerek diatas dapor,

MB kedah la ni dok nafi, tapi dari dalam UMNO dok dakwa DUN Kedah akan dibubarkan?.

Pening kepala macam ni, yang MB kedah tu pun dok tunggu apa lagi...bubarlaaaa DUN Kedah
kalau dah task mampu nak tadbir lagi, masalah air pun tak selesai, masalah dan berbagai masalah
yang besar ada, tapi dok sembang besax juga.

Yang paling kita tak boleh tahan ni, nak tau laaaa sapa bakal jadi MB Kedah lepas DS Azizan Razak
turun..... tak kira llllaaah turun melalui tangga atau tingkap atau terjun....

Nak kata timbalan Badan Perhubungan UMNO Kedah, Dato Ahmad Bashah, tak berapa boleh percaya, nak kata Mahadzir Khalid, UMNO sendiri tak mau dah dekat dia, termasuk orang dikawasan dia sendiri, nak kata YB Ku Rahman di Yan tak nampak langsong kemampuan, pasai ketua bahagian dia sendiri pun dia tak mampu tegor....

Nak Kata Ahmad Lebai Sudin depa dok kata penderhaka UMNO pula, kalau YB Tajuddin macam mana, atau YB Azmi Bayu?.

Apa yang kita dengax, depa yang nak letak jawatan dan nak lompat parti tu pun tak berapa setuju kalau nama nama diatas jadi MB...........

Kalau macam tu, tunggu laaaaaaaaaa .....tunggu sampai ketua wanita UMNO Kedah jadi MB pasai dia adik beradik dengan PM la ni...Macam mana Dato Maznah, boleh keeeee jadi MB.

Tolak pi tarik mai.....campur dan campur lagi UMNO Kedah saperti "TAPAI" saja, nak makan sikit sangat , nak simpan tak boleh.....akhirnya dibiarkan rosak......

Semua ni kerana kepimpinanUMNO Kedah yang dipertanggung jawabkan kepada Datuk Seri Mohd Shaffie Apdal tak buat kerja dari UMNO Kedah hingga kecawangan.......masing masing dok
harap dan bergantung kepada PM dan TPM saja..

Maaf dan Salam Hormat.

Friday, May 14, 2010

AZIZAN MASUK UMNO?


Lama juga ayah tak masuk tumpang abang KK untuk menulis.  Tetapi hari ini macam ada ujaan semangat untuk ayah menulis.  Memang ayah amat teruja untuk menulis sehingga tak dapat di tahan-tahan lagi, umpama si teruna yang tidak tertrahan-tahan lagi untuk meluahkan isi hati berupa cinta terhadap sidara yang ntah dara lagi taupun tidak....

Hati ayah sentiasa dekat dengan Kedah, apatah lagi, air ketuban ibu ayahpun tumpah di Kedah, darah yang tumpah bersama ayahpun di Kedah.  Kalau bab mati tu bukan kerja ayah untuk mati di mana, biar Allah yang tentukan.

Kedah, walau hingga hari ini nampak tenang di permukaan, tetapi gelojak di dalam pada siapa yang rajin menyelam akan dapat melihat bagaiman tohornya air politiknya.  Begitu bijak Azizan berekspresi di khalayak sehingga jelata tidak perasan kocakan didasar.  Tentunya rakyat hairan bagaimana Azizan masih lagi nampak tenang walaupun beberapa ADUN PR dari kalangan PKR telah berpindah rumah.  Kalau dulu tanah dan kampung mereka dalam sepulau, kini mereka memilih untuk duduk di tanah sendiri, sebagai ADUN bebas.  Dakwa ADUN PKR yang memilih untuk menjadi ADUN bebas, ialah mereka lebih selesa dari berada sepulau dengan PAS yang nampaknya tidak menunjukkan sebarang langkah yang boleh meyakinkan bahawa pakatan mereka boleh bertahan sehingga PRU13 nanti kalaupun tidak selama-lamanya.

Boleh di perhatikan bagaimana resahnya blogger-blogger PAS dan ahli-ahli akar umbi PAS dengan situasi semasa yang sebenarnya amat begitu rapuh sekali, rapuh yang semakin mereput.  Apakah corak pemikiran mereka sama dengan corak pemimpin mereka?  Mereka sebagai ahli tentunya pemikiran mereka tidak selalunya sama dengan corak pemikiran pemimpin.

Apakah mereka pernah terfikir, apa yang sedang di fikirkan oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan bin Razak?  Begini, aku ada dengar spekulasi. pelbagai spekulasi, pelbagai pendapat.  Tetapi jika salah satunya itu paling wajar dari segi impak, mungkinkah beliau akan melakukan?

Semua mengetahui rahsia umum bahawa Pemimpin atasan PAS Kedah sendiri juga berpuak-puak.  Ada yang sokong Azizan, ada yang tidak dan ada pula yang berkecuali.  Bagaimana jika dalam keadaan genting sebegini, Azizan bertindak di luar dugaan pengikut beliau, pengikut puak satu lagi atau pengikut yang hanya menjadi pengikut PAS tanpa condong kepada mana-mana puak dalam PAS Kedah?  Jika dilihat patern yang di amalkan oleh DS Azizan, kita dapat lihat dalam beberapa isu dan kes, pendirian Azizan selaku Pesuruhjaya PAS Kedah berbeza pendekatan dan keputusannya dari PAS pusat. Kadang-kadang kelibat Azizan nampaknya seperti begitu moderate dan liberal.

Dan kalau dalam situasi yang memerlukan beliau membuat keputusan politik, diambilnya jalan untuk mengumpulkan pemimpin-pemimpin yang senada untuk mengikutinya, kemudian membuat satu pakatan kukuh dan kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat kerajaaan gabungan seperti yang di idamkan oleh beberapa pemipmin UMNO dan PAS Perak, tetapi tidak dapat di hasratkan kerana nafsu songsang Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak.  Dan sebagai satu kes untuk rujukan mereka pula berjaya melunaskan hasrat yang aku lihat tiada apa yang salahnya.  Ia menggambarkan Perpaduan dan sesetengah rakyat melihat ianya satu Perpaduan yang di idam-idamkan.

Iaitu jika di persetujui oleh sekutu, dia dari pihak PAS bergabung dengan UMNO Kedah untuk membentuk satu kerajaan yang kukuh sehinggalah ke PRU13 nanti.  Mungkin UMNO boleh berkrompomi dengan Ustaz Azizan untuk beliau kekal sebagai Menteri Besar, manakala stu lagi kerusi sebagai Timbalan Menteri Besar boleh di adakan untuk di isi oleh parti UMNO.  manakala barisan EXCOnya nanti bolehlah di berikan kelebihan kerusinya kepada PAS Kedah dan bakinya kepada komponen BN.  Atau jika ada penentangan yang keras, beliau dan kumpulannya mengishtiharkan keluar PAS dan menyertai UMNO dengan syarat kerusi Menteri Besar tetap milik beliau dan beberapa EXCO yang pro beliau kekal sebagai EXCO? Maka Kedah dan rakyatnya tidak lagi perlu memikirkan hal politik sehinggalah ke PRU13 nanti dan segala perancangan sebagai sebuah Kerajaan dapat berfungsi dan  di teruskan demi kesejahteraan rakyat.

Tetapi, beranikah Pesuruhjaya PAS Kedah ini bertindak sejauh itu?  Mahukah pula pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang sehingga saat inipun masih tidak dapat mententeramkan arus dan ombak pertikaian dalaman menggadai jawatan berundur selangkah kebelakang?  Walaupun sebenarnya tiadapun langkah ke hadapan yang di lakukan.  Bolehkah di kalangan pemimpin UMNO Kedah menerima jika Bashah menjadi Tim. Menteri Besar?  Takkanlah DSdRaja EmKay tidak melatah? Dan bagaimanalah pula latahan balas dari rakyat bila mana bukan Bashah sebaliknya EmKay yang menduduki kerusi Tim. Menteri Besar?

Jika ini berlaku, tentunya Kerajaan dapat  menyelamatkan berjuta-juta ringgit yang tentunya terpaksa di belanjakan jika terjadinya pembubaran dan di ikuti Pilihanraya Negeri.  Pilihanraya Negeri, saiznya bukanlah seperti PRK untuk Parlimen atau PRK untuk DUN.  Kedah ada 36 kerusi DUN, bayangkanlah bagaimana kerja-kerja yang perlu di lakukan dan bagaimana pula kos-kos yang sebenar dan kos-kos tersembunyi?  Sudah tentu lebih besar dari PRK Parlimen dan sememangnya pula lebih jauh besarnya kos yang perlu di guna untuk Pilihanraya Negeri berbangding PRK DUN.

Tetapi aku sebenarnya lebih melihat ke arah Pilihanraya Negeri.........

Blog rbf ada cerita dalam versi beliau sendiri.