Friday, May 14, 2010

AZIZAN MASUK UMNO?


Lama juga ayah tak masuk tumpang abang KK untuk menulis.  Tetapi hari ini macam ada ujaan semangat untuk ayah menulis.  Memang ayah amat teruja untuk menulis sehingga tak dapat di tahan-tahan lagi, umpama si teruna yang tidak tertrahan-tahan lagi untuk meluahkan isi hati berupa cinta terhadap sidara yang ntah dara lagi taupun tidak....

Hati ayah sentiasa dekat dengan Kedah, apatah lagi, air ketuban ibu ayahpun tumpah di Kedah, darah yang tumpah bersama ayahpun di Kedah.  Kalau bab mati tu bukan kerja ayah untuk mati di mana, biar Allah yang tentukan.

Kedah, walau hingga hari ini nampak tenang di permukaan, tetapi gelojak di dalam pada siapa yang rajin menyelam akan dapat melihat bagaiman tohornya air politiknya.  Begitu bijak Azizan berekspresi di khalayak sehingga jelata tidak perasan kocakan didasar.  Tentunya rakyat hairan bagaimana Azizan masih lagi nampak tenang walaupun beberapa ADUN PR dari kalangan PKR telah berpindah rumah.  Kalau dulu tanah dan kampung mereka dalam sepulau, kini mereka memilih untuk duduk di tanah sendiri, sebagai ADUN bebas.  Dakwa ADUN PKR yang memilih untuk menjadi ADUN bebas, ialah mereka lebih selesa dari berada sepulau dengan PAS yang nampaknya tidak menunjukkan sebarang langkah yang boleh meyakinkan bahawa pakatan mereka boleh bertahan sehingga PRU13 nanti kalaupun tidak selama-lamanya.

Boleh di perhatikan bagaimana resahnya blogger-blogger PAS dan ahli-ahli akar umbi PAS dengan situasi semasa yang sebenarnya amat begitu rapuh sekali, rapuh yang semakin mereput.  Apakah corak pemikiran mereka sama dengan corak pemimpin mereka?  Mereka sebagai ahli tentunya pemikiran mereka tidak selalunya sama dengan corak pemikiran pemimpin.

Apakah mereka pernah terfikir, apa yang sedang di fikirkan oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan bin Razak?  Begini, aku ada dengar spekulasi. pelbagai spekulasi, pelbagai pendapat.  Tetapi jika salah satunya itu paling wajar dari segi impak, mungkinkah beliau akan melakukan?

Semua mengetahui rahsia umum bahawa Pemimpin atasan PAS Kedah sendiri juga berpuak-puak.  Ada yang sokong Azizan, ada yang tidak dan ada pula yang berkecuali.  Bagaimana jika dalam keadaan genting sebegini, Azizan bertindak di luar dugaan pengikut beliau, pengikut puak satu lagi atau pengikut yang hanya menjadi pengikut PAS tanpa condong kepada mana-mana puak dalam PAS Kedah?  Jika dilihat patern yang di amalkan oleh DS Azizan, kita dapat lihat dalam beberapa isu dan kes, pendirian Azizan selaku Pesuruhjaya PAS Kedah berbeza pendekatan dan keputusannya dari PAS pusat. Kadang-kadang kelibat Azizan nampaknya seperti begitu moderate dan liberal.

Dan kalau dalam situasi yang memerlukan beliau membuat keputusan politik, diambilnya jalan untuk mengumpulkan pemimpin-pemimpin yang senada untuk mengikutinya, kemudian membuat satu pakatan kukuh dan kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat kerajaaan gabungan seperti yang di idamkan oleh beberapa pemipmin UMNO dan PAS Perak, tetapi tidak dapat di hasratkan kerana nafsu songsang Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak.  Dan sebagai satu kes untuk rujukan mereka pula berjaya melunaskan hasrat yang aku lihat tiada apa yang salahnya.  Ia menggambarkan Perpaduan dan sesetengah rakyat melihat ianya satu Perpaduan yang di idam-idamkan.

Iaitu jika di persetujui oleh sekutu, dia dari pihak PAS bergabung dengan UMNO Kedah untuk membentuk satu kerajaan yang kukuh sehinggalah ke PRU13 nanti.  Mungkin UMNO boleh berkrompomi dengan Ustaz Azizan untuk beliau kekal sebagai Menteri Besar, manakala stu lagi kerusi sebagai Timbalan Menteri Besar boleh di adakan untuk di isi oleh parti UMNO.  manakala barisan EXCOnya nanti bolehlah di berikan kelebihan kerusinya kepada PAS Kedah dan bakinya kepada komponen BN.  Atau jika ada penentangan yang keras, beliau dan kumpulannya mengishtiharkan keluar PAS dan menyertai UMNO dengan syarat kerusi Menteri Besar tetap milik beliau dan beberapa EXCO yang pro beliau kekal sebagai EXCO? Maka Kedah dan rakyatnya tidak lagi perlu memikirkan hal politik sehinggalah ke PRU13 nanti dan segala perancangan sebagai sebuah Kerajaan dapat berfungsi dan  di teruskan demi kesejahteraan rakyat.

Tetapi, beranikah Pesuruhjaya PAS Kedah ini bertindak sejauh itu?  Mahukah pula pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang sehingga saat inipun masih tidak dapat mententeramkan arus dan ombak pertikaian dalaman menggadai jawatan berundur selangkah kebelakang?  Walaupun sebenarnya tiadapun langkah ke hadapan yang di lakukan.  Bolehkah di kalangan pemimpin UMNO Kedah menerima jika Bashah menjadi Tim. Menteri Besar?  Takkanlah DSdRaja EmKay tidak melatah? Dan bagaimanalah pula latahan balas dari rakyat bila mana bukan Bashah sebaliknya EmKay yang menduduki kerusi Tim. Menteri Besar?

Jika ini berlaku, tentunya Kerajaan dapat  menyelamatkan berjuta-juta ringgit yang tentunya terpaksa di belanjakan jika terjadinya pembubaran dan di ikuti Pilihanraya Negeri.  Pilihanraya Negeri, saiznya bukanlah seperti PRK untuk Parlimen atau PRK untuk DUN.  Kedah ada 36 kerusi DUN, bayangkanlah bagaimana kerja-kerja yang perlu di lakukan dan bagaimana pula kos-kos yang sebenar dan kos-kos tersembunyi?  Sudah tentu lebih besar dari PRK Parlimen dan sememangnya pula lebih jauh besarnya kos yang perlu di guna untuk Pilihanraya Negeri berbangding PRK DUN.

Tetapi aku sebenarnya lebih melihat ke arah Pilihanraya Negeri.........

Blog rbf ada cerita dalam versi beliau sendiri.

No comments:

Post a Comment