Tuesday, October 27, 2009

PEMIMPIN BADAN PERHUBUNGAN UMNO KEDAH PERLU DITUKAR

SALAM HORMAT .

Pembaca yang dihormati , sebagai saorang ahli Umno di kedah saya amat ingin melihat Kedah dirampas kembali dari tangan Pakatan Rakyat yang dilihat lebih teruk kerja buat depa dari kerajaan Barisan Nasional sabelum ini.

Ini bukan semua kerja buat BN sabelum ini dikedah top ten, tetapi kerja buat PR lani di Kedah cukup teruk dan mengeciwakan rakyat kedah .

Tetapi tidak cukup membezakan kerajaan lama dan kerajan baru dalam kerja buat depa, yang lebih pentiong sekarang ni, apa yang Umno Kedah dah susun untuk serang PR Kedah menjelang
pilihan raya umum ke 13 nanti.

KEDAH KITA dok tengok, dok kelih, dok intai dan dok teropong tak ada satu kerja yang mampu meruntuhkan kerajaan PR Kedah yang disusun oleh Umno Kedah, diperingkat bahagian yang kalah ketua bahagian dok goyang kaki, ketua wanita dok kelebik ....ketua pemuda dok intai projek dan ketua puteri dok ampu sana dok ampu sini dan bergaya samapai tak sudah sudah.

Kalau macam ni lahhh boleh kaa tumvbangkan kerajaan PR di Kedah dalam PRU 13 ni ?.

Perhubungan Umno Kedah langsung tak nampak bisa, Shaffie Apdal dok buat apa pun kita tak tau, timbalan Dato Bashah pun dok tengok tengok langsung tak ada bisa, yangh ahli perlimen lain KEDAH KITA dok tengok dok jadi tukang jolok sana jolok sini.

Depa ni dengar kata lebih bahagian duduk dibawah pembangkang dari dok dibawah BN kerana
poket depa sentiasa penuh duit peruntukan masuk melalui ketua bahagian, ada wakil rakyat yang tak jadi ketua bahagian jadi bahan mainan ketua bahagian Umno .

Banyak kalau nak tunjuk contoh, Dato Ku Raman, Yb Azmi, (sebagai contoh saja) .

Bekas MB Kedah yang lalu pun Tok Det langsung terpinggir, sampai MADA kering air pun dia tak tau walaupun dia masih pengerusi MADA ni lah jelas nampak depa ni tak buat kerja langsung.

Dato Jo dok jadi dalang wayang kulit di Kedah, dia nak ramapas tempat tok dalang Majid di Napoh, dia ni pandai berlakun betul ...

Macam mana lah Umno Kedah nak tawan Kedah dalam PRU 13 nanti kalau semua dok jaga diri sendiri bukan nak jaga Umno, kalau dok tengok la ni Umno Kedah langsung tak ada power nak
rampas Kedah, apa akan jadi......

Kepada pucuk pimpinan Umno, terutama Datuk Seri Mohd Najib bertindaklah sabelum terlambat, depa yang ada dalam Umno kedah la ni perlu ditukar dan diganti dengan depa yang lebih power jangan kira orang baru orang lama atau campurkan orang lama dengan orang baru dalam badan perhubungan Umno Kedah sabelum PR bertamabah kuat.

Ikhlas KEDAH KITA katakan, PR Kedah langsung tak takut dengan badan perhubungan Umno Kedah, kerana depa tau ada masalah dalam badan itu antara kepimpinan Umno bahagian dinegeri ini,.

Ramai Ketua bahagian di Kedah yang tak sehakluan dengan Shaffie dan Bashah, depa anggap Shaffie dan Bashah tak layak pimpin Umno Kedah tu laa puncanya Umno Kedah lemah, macamlah di Kelantan, kepimpinan Umno disama dok koyak kain dan seluar sesama sendiri punca PAS jadi kuat .

Kepada Datuk Seri Mohd Najib, KEDAH KITA merayu buat lah satu perubahaan dalam
Umno Kedah supaya lebih kuat dan mampu berhadapan dengan PR Kedah dalam PRU13 nanti.

Kalau tak percaya tengoklah apa yang dah Maznah Hamid buat dalam wanita kedah dalam mengukuhkan pergerakan itu, langssung tak nampak apa pun , yang nampak badan dia saja yang gedebok dan sihat tu saja. Kalau zaman Datin Salmah dulu ada juga program yang boleh dibanggakan, nilah bahaya kalau ambil orang yang pandai bercakap jadi pemimpin, Maznah hanya pandai bagi motavasi saja tapi tak layak langsung jadi ketua wanita Umno Kedah.

Yang ketua pemuda Umno pun langsung tak nampak karisma pemimpin , kalau macam ni apa nak jadi dalam pilihan raya umum nanti ?.

Kalau Datuk Seri Mohd Najib mahu Kedah balik kepada BN, tukarlah kepimpinan Badan Perhubungan Umno Kedah dengan depa yang boleh buat keraja, jangan dok tengok orang muda saja kadang kadang orang tua lebih power dari orang muda..

Renung dan hayatilah apa yang tertulis dalam bolg KEDAH KITA . Kerana sayangkan Kedah lah
KEDAH KITA sanggup menulis, kalau tak sayang biar mampuih dibawah kerajaan PR.

Tak tau laaa mungkin itu yang diingini oleh para pemimpin Umno Kedah yang menerajui Badan Perhubungan Umno Kedah masa kini.

6 comments:

  1. tepat sekali tulisan kedah kita. Semua pemimpin um-no kedah ni tidak boleh pakai. daripada pengerusi negeri samapi ketua cawangan tak guna, tetapi ada 4 orang sahaja yang boleh jadi hero menyelamatkan kedah.
    1- Datuk azeezz rahim, exco umno baling yang telah memajukan baling sehingga menjadi daerah paling pesat membangun di kedah. beliau telah membawa pelaburan berjuta-juta ke baling, dah banyak perniagaan maju. tengok sahajalah pekan baling betapa hebat membangun, dengar kata giant dan tesco pun ada plan nak buka di baling.
    dengar kata juga beliau sangat disayangi orang baling tak kiralah um-no atau paih pekat. sikap baik hati dan rendah diri beliau sangat dipuji. time sembahynag lima waktu beliaulah imam. ustza taib azamudin pun takut dengan dia. mai pilihanraya nanti letaklah dia sebagai ahli parlimen dan bila menang (pasti menang) lantiklah dia jadi menteri jaga hal ehwal wanita, judi, samseng dan kementerian pembohong
    2. azmi che hussin - calon muda yang hebat yang sedang menonjol dengan sikap ramah, mesra baik hati. beliau menjaga kawasan lebih baik dari menjaga gf. ada sahaja masalah pasti dia sampai kekadang sebelum masalah berlaku lagi dia dah sampai.
    punya hebat azmi ni sampai pilihanraya akan datang pas disebut tak mau letak calon di bayu tu, bagilah azmi menang. dengar kata kalau kedah menang balik, Azmi lah akan jadi MB. syabas kerana dapat menundukkan bekas bos yang duk mengidam siang malam duk cari jalan nak jadi MB semula.
    3. osman aroff - pemimpin terhebat yang pernah dilahirkan di kedah. lupakan tun mahathir dan tunku abdul rahman. siapalah mereka jika nak bandingkan dengan osman aroff. lihatlah kedah semasa dibawah pimpinan osman aroff. menjadi negeri terkaya di malaysia, sampai pelabur berlumba nak mai. dan dia juga bukan pemimpin yang kumupul duit untuk diri sendiri, lihatlah diri dia dan anak dia yang tak kaya. kalau dia jadi pengerusi umno kedah sekarang ini tentu confirm bn memang balik nanti. tak payah bekerja keraslah bn kerana osman aroff punya pengaruh amat kuat sehingga toke cayman pun lai tengah malam
    4. penulis blog ini - dialah pemimpin yang sebenarnya yang layak jadi pemimpin umno kedah. dengan kehebatan yang ada dan kepintaran dan kecerdikan, beliau pasti setaraf dengan barack obama.

    ReplyDelete
  2. Saya amat setuju dengan pandangan Cucu Azizan.

    Datuk Azeez Rahim bukan sahaja rajin buat kerja, tapi dia cukup rajin jumpa rakyat Balingtidak kira parti PAS ka UMNO ka atau parti pokok getah pun..beri sumbangan, jumpa orang kampung.
    Ni di Alor Setar pemimpin UMNO sana belagakk..pemalas nak jumpa rakyat! Kira nak sapu projek bila jadi MB/Exco/Ahli Majlis.

    ReplyDelete
  3. Pemimpin UMNO tolonglah buka mata..buka mata luas-luas dah perhatikan negeri Kedah ini..!!!

    UMNO Kedah dikuasai oleh kuda-kuda tua lagi lemah..mereka ini berlagak seperti di zaman British..berprotokol, high class dan rakyat susah nak dekati mereka..
    TOLONGLAH BERSIHKAN UMNO KEDAH dari kuda-kuda tua, lembam lagi lembap ini..

    Jangan berikan Mahadzir Khalid mahupun Ahmad Bashah yang dikelilingi skandal itu yang rakyat tidak suka mereka menjadi MB atau pimpinan Kedah lagi jika hendak tawan hati rakyat.

    Carilah pemimpin yang 'fresh', bijaksana lagi berjiwa rakyat untuk majukan Kedah yang penuh keindahan alam smeulajadi, pertanian dan adat budaya Islam yang dijunjung ini..

    ReplyDelete
  4. Kita kena realistik dan jangan ego..wahai UMNO Kedah..

    Sebenarnya kalau lihat dari segi kebijaksaan, Dato Seri Azizan (PAS) adalah orang yang cukup bijak lebih lagi dari Syed Razak, Mahadzir Khalid dan Ahmad Bashah..tetapi disebabkan dia PAS..maka kebijaksanaannya dipadamkan dan dicari isu kelemahan..dia tertakluk dengan arahan PAS Pusat..jadi agak susah kerjasama Melayu-Melayu..

    Apapun kita kena sedar dan appreciate Dato Seri Azizan banyak bawa perubahan berani dalam masa singkat dan penuh tekanan serta bersihkan ekonomi Kedah yang miskin dibawah UMNO dalu..kita kena realistik..UMNO Kedah dulu cukup terukk..sebab itu kalah teruk..kita mesti terima hakikat ini..!!
    Dato Seri Azizan, walaupun formula Pakatan Rakyat lemah, tapi beliau berani dalam isu Melayu, naikkan kuota 50% pemilikan Bumiputera terhadap perumahan, beliau mengekang pembangunan di atas tanah sawah (ironi nya ini nak jaga survival tanah Melayu, biarpun nampak tidak maju cepat..UMNO hanya syok maju bangunan banyak mcam Jalan Pegawai,Simpang Kuala, Star Gate Al-Celaka tapi hempehhh..semua mudah-mudah ja bagi Cina sapu..tinggai sikit saja Yasmin Holding gagah beli..)

    Pemimpian UMNO Kedah mana ada 'teloq'..pengecut!! dan jadi hamba Cina dan tokeh2 Cina, kontaktor2..tambah2 si Osman Arrof tu pelingkup besaq orang Melayu..tanah2 melayu habis diubahnya jadi rezab antarabangsa!!..Cayman Dev.mampus lepas beliau tak jadi MB, Syad Razak, Mahadzir Khalid menyambung kebodohan MB lalu dan kaki pelingkup terbaru keluaran UMNO Kedah tidak lain tidak bukan yang sibuk melobo sana sini untuk jadi MB,si Ahmad Bashah..pembela tokeh Cina..kawasan dia pun xpernah jenguk!!
    Kandang Khinzir di Kampng Berjaya yang jadi kontraversi tu nasib baik atas kebijaksanaan, keberanian Dato Seri Azizan, kalau harap UMNO Kedah yang takdak 'teloq' tu pengecut bacul dengan Cina!! Kalau dengan Melayu bukan main garang, hambat habis penduduk Melayu Kampung Seberang Terus tahun 2004 walaupun mereka penghuni asal beratus tahun..

    Inilah UMNO Kedah dan pemimpinnya yang berlagak sombong ego lagi penyapu bersih harta negeri..
    Sapa nak parti lagu ni jadi pemerintah??

    ReplyDelete
  5. Aku anak jati Kedah..dan aku membesar di depan mata aku semasa pemrintahan MB-MB tamak lagi bodoh UMNO ini iaitu Osman Aroff, Syed Razak, Mahadzir Khalid dan Exco lembap lagi penyegan kawasan aku..iaitu pakcik boroi yang teringin nak jadi MB PRU13 nanti..Ahmad Bashah!!

    So, aku nak cabar sapa2 UMNO Kedah disini jawab segala komen aku di atas..dah lama aku geram dengan kebodohan dan pencabulan UMNO Kedah terhadap orang Melayu.. Aku cabar hangpa jawab segala tulisan aku di atas..

    ReplyDelete
  6. Memang PAS tadbir Kedah baru beberapa bulan pastilah ada kelemahan..tapi UMNO tadbir berpuluh tahun.. Kedah jadi apa??

    Pemimpin UMNO Kedah lembap!!..paling lembap dalam semua UMNO negeri lain.. idea kering..di kipas oleh puak-puak bodoh2..dan jadi tali barut Cina, luluskan tanah hutandi Gunung Jerai buat ladang, balak, sawah kawasan Melayu..pantang tengok sawah bendang mesti nak diratakan..syoklah tokeh-tokeh developer Cina mai menempek berbaik-baik dengan MB/Exco/pimpinan UMNO Kedah, cepat2 sapu tanah Melayu, Penang dah sesak dan clear dah Melayu so..next..anak musnahkan Kedah ini dengan kononnya 'pembangunan'..ini idea paling bodoh yang tiada wawsan mentadbir negeri yang kaya alam semulajadi ini oleh UMNO Kedah..

    Kalau UMNO Kedah ini cerdik.pemimpin yang bijak dan berjiwa Melayu (dah kata UMNO tu parti Melayu, MB mesti Melayu, Sultan Kedah Melayu) Mengapa kita tidak boleh gunakan konspe Belanda Malaysia atau Jepun yang majukan negeri ikut sektor kelebihan pertanian sesuatu tempat..majukan pertanian jadi industri hebat..hilirannya..
    dah Kedah negeri pertanian, yang GALAK nak pi ubah jadi kilang, kedai batu tu awat bodoh sangat ni..nak kaya cepat dengan gadaikan masa depan negara, anak cucu kita..habislah Cina Penang masuk beli hartanah..sebab nilai tinggi, orang Melayu bapa kerat ja mampu?..so kita nk pejam mata ka wahai UMNO Kedah???

    Isu sampah di Kedah, ini satu penipuan media juga..masalah kewanganlah menyebabkan berlakunya kecelaruan PBT..terutama MBAS..kerana apa? sikap pemimpin UMNO Kedah dulu kaki joli katak..gunakan duit majlis sesedap perut pi luar negara..padahal dalam negeri nak beli tong sampah pun berhutang..lori sampah tahun 1990-an..tapi kereta depa mau update every 5 years..jahat bukan?? So, bila MB PAS ambik alih..nak ubah Kedah n Alor Setar jadi macam 'syurga'? UMNO tinggalkan negeri Kedah dnegan penuh masalah..duit pokai..dengan sikap rakyat tidak terdidik bersih hasil pemerintahan UMNO, duit kantung negeri tinggai habuk..nak bayar gaji pun pening..dalam pentadbiran banyak 'gunting dalam lipatan', hasil balak negeri disapu oleh company kroni MB UMNO, tidak ditander, tapi dikurnia dengan harga amat rendah..

    Tapi laporan Ketua Audit Negara 2009 memuji pentadbiran Kedah, berjaya tingkatkan duakali ganda pendapatan negeri hasil dari jimat serta telus..HANGPA TAK MALU KA WAHAI UMNO KEDAH?? Kalau aku..aku malu dahh!! Kalaupun PAS kalah PRU13 setidk-tidaknya jasa Dato Seri Azizan akan dikenang sampai mati..

    ReplyDelete