Saturday, June 5, 2010

BLOGGER PRO UMNO SEMAKIN MENGUNCUP?

Beberapa hari lepas, seorang lagi blogger yang selama ini begitu komited dengan nukilan maya beliau telah menutup/menamat/mematikan blog beliau.  Blogger yang saya maksudkan ialah Pusaka Ayahnda.  Aku benar-benar terkezut, malah kalau hendak di katakan sehingga tahap terkezut beruk, aku kena mengiyakan.  Tapi tidaklah sampai ke tahap BERUK HITAM yang semakin hitam laur dan dalamnya.

Apa sebabnya?  Aku kurang pasti.  Tetapi jika blogger seperti beliau yang selama ini begitu komited sehingga sanggup membahagikan kehidupan beliau kepada dua blok, satu untuk keluarga dan satu untuk blogging, maka tentu ada yang tak kena di sini.  Tugas terakhir beliau bersama Barisan Nasional adalah di Sibu.  Aku berani berkata mutu tulisan beliau jauh mengatasi tun pesal, pisau.net pun tak setajam Pusaka Ayahnda, mungkin lebih baik dari papagomo dan tak salah kalau aku katakan ia lebih sikit hebat dari rbf  kalaupun tak mengatasi kehebatan ABItW ataupun BigDog.  Cuma publisiti yang di terima tidaklah sehebat  Parpu kari, AIDC, Unspinner, X-pkr dan beberapa nama hebat yang lain yang sentiasa menyokong UMNO walaupun tidak 'favour' dengan pemimpin UMNO lain yang kebanyakan nya tahu mereka ini ada kurap, ada panau, ada kudis, ada pekong, ada busong, ada kanser dan pelbagai penyakit politik yang membebankan UMNO.  Sayangnya mereka ini bukannya mahu berubat, tetapi merebakkan pulak penyakit mereka ini kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang lain yang daya tahan penyakit politik mereka sememangnya lemah.

Kena bersin komisen sikit dah demam, kena geletek jawatan sikit dah melompat. 

Berbalik kepada blogger pro UMNO yang aku lihat semakin muak dengan sikap pemimpin-epmimpin UMNO tertentu yang samada menjadi lintah menghisap darah blogger, mahupun cuba menjadi hero kepada blogger tetapi tak kemanapun tujuannya, bagi aku sudah sepatutnya membuka mata pihak tertinggi parti UMNO terutamanya DS najib dan TS Muhyiddin.

Bukan sekali dua prk-prk yang berlalu di gunakan sebagai medium mengaut untung atas angin menggunakan nama blogger, malah cara dan tindakan mereka amatlah memualkan.  Tatkala UMNO cuba bangun mencari kekuatan, tika UMNO berdiri mencari hala baru, tika UMNO melangkah menuju perubahan, tika UMNO berlari mencari sokongan rakyat,  parasit-parasit UMNO masih lagi bergaya cara lama.  Gaya menggoda dana dengan pelbagai rona hebat tetapi cukup musibat!!!

Walaupun aku ini blogger kecil menumpang premis kawan di Kedah Kita, tetapi aku ada maklumat ttg perilaku prmipmipn-pemipmin tertentu yang tak habis-habis menggunakan blogger sebagai mesin mencetak wang peruntukan prk.  Bukti?  He he he...memang susah di buktikan bila tunai adalah 'mataair'nya, tetapi ia juga adalah rahsia umum di kalangan petugas parti di Command Centre(CC) yang cukup 'koman' tahap 'koman spanar'.

Tidak keterlaluan jika aku katakan tak perlupun CC di ujudkan utk prk-prk mahupun GE pada masa hadapan.  Halakan sahaja peruntukan untuk CC kepada perkara-perkara lain ysng lebih bermanfaat.  Nak ciluk untungpun biarlah berpada..kita hidup bukan ndak tongkat langit, sempadan dosa dan pahala bukannya tebal...hanya senipis kulit bawang.

Dan yang akhir sekali ingin aku luahkan ialah kekesalan aku dengan maklumat yang aku terima ini.  Jika salah sangkallah ia, tetapi jika benar sesallah dahulu agar kemudiannya menjadi berguna....

BENARKAH BAHAWA SEBENARNYA ADA PERUNTUKAN TERTENTU YANG UMNO SEDIAKAN(BACA DS NAJIB SEBAGAI PRESIDEN) BERIKA NKEPADA BLOGGER-BLOGGER PRO UMNO.  TETAPI TIDAK PERNAH SEORANG BLOGGER PRO UMNOPUN TERIMA WALAUPN JUMLAHNYA DI KATAKAN CUKUP UNTUK KEBAJIKAN LEBIH DARI 100 DAN HAMPIR KEPADA 200 ORANG BLOGGER PRO UMNO SEKIRANYA IA DI AGIHKAN SECARA TELUS SEPERTI YANG DI HARAPKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN TERTINGGI UMNO.

Aku harap ada jawapan yangikhlas untuk soalan yang ikhlas ini.  Ingatlah bahawa pihak pembangkang sanggup 'membela(upah) dan membela(undeng2) blogger2 mereka walapun terpaksa membayar dengan nilai yang tinggi, mengapa pula UMNO/BN tidak boleh?  Tak mampu? 

7 comments:

  1. PERGHHH MANTAP!! TIP TOP! >:D

    ReplyDelete
  2. Betoi tu .... ada kaki songlap kat tengah jalan. Sayangnya big bos masih tak sedaq. Puak ni memang dasar keturunan kawaq.

    ReplyDelete
  3. Percayalah !
    Ini adalah salah satu permainan pecah dan belah olih BLOGGERS PEMBANGKANG.
    Mereka memang mahu melihat BLOGGER PENYOKONG KERAJAAN mejadi lemah kerana WANG.
    Mereka akan "SPIN" segala KOMEN2 berkaitan isu ini yang terdapat diblog unspinners.
    BLOGGER PEMBANGKANG memang mahir dalam menguncupkan bilangan BLOGGER KERAJAAN !!!!
    AWAS..........

    ReplyDelete
  4. blogenstraz,

    Andaian anda akan membuat lintah darat semakin bernafsu.....

    Bagaimana pula jika berita ini mengandungi kebenaran???

    Aku berpandangan bahawa blogger ini tahu apa yang di tulisnya....

    ReplyDelete
  5. kumpulan makan hasil lendir ni memeng wujud dalam UMNO. merekalah yang menyebabkan pengundi menolak Umno. dulu tak ada blogger mereka gasak duit pondok panas, duit rokok budak2, duit air kopi budak yang berjaga di pondok panas ..sekarang bila wujud bloggger pandai pulak depa pergi mengadap Pak-pak menteri minta duit nak bagi kepada blogeer konon,,,,bila dapat depa joly katak....kita yg dok menulis ni nasi sepinggan pun kena keluar duit sendiri.

    ReplyDelete
  6. Taipingmali...

    Tukar posisi la pulak, kalau macam tu mari sama-sama berjuang dalam PR.. apa macam.. ada berani ka...

    ReplyDelete
  7. biasalah dalam umno ni begitu banyak mereka yang kemaruk harta dunia. sampai sanggup merompak dan mencuri harta dan hak orang lain.

    mereka langsung tak hargai kita malah menipu kita pula.eloknya mereka ini diketuk kepala.

    ReplyDelete