Saturday, January 16, 2010

UMNO KEDAH SEMAKIN PARAH

Saudara pembaca blog Kedah Kita yang dihormati.

( Blog ini dituju khas kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Dato Sri Mohd Shaffie Apdal )

Assalamulaikum Dato Sri, sejak Dato Sri menerajui kepimpinan UMNO negeri Kedah, sejak itu hingga kehari ini UMNO Kedah disemua peringkat, cawangan, bahagian dan negeri lesu dan tidak bermaya.

Adakah Dato Sri tahu hal yang berlaku ini?

Dato Sri jangan buat ukuran dengan kehadiran semua ketua ketua bahagian kemesyuarat yang Dato Sri panggil sebagai kayu pengukur UMNO Kedah sudah cukup kuat dan mantap.

Apa yang berlaku disemua peringkat dibawah naungan Badan Perhubungan UMNO Kedah sekarang amat serius dan membimbangkan jika berlaku pilihan raya umum pada september atau oktober 2011 nanti Kedah masih dalam tangan Pakatan Rakyat (PK).

Hingga kehari ini tak nampak satu apa pun yang mampu menguggat kerajaan PR di Kedah yang dirancang atau disusun oleh Perhubungan UMNO Kedah dimana mana peringkat cawangan mau pun bahagian. Yang jelas sekarang jika berlaku pilihan raya kecil DUN Kota Seputih ramai pemimpin UMNO Kedah yang jelas tak layak dok berebut nak jadi calun MNO mewakili Barisan Nasional (BN).

Maznah Hamid yang jelas gagal memimpin Pergerakan Wanita UMNO Kedah pun dok pasang kaki seluruh negara lobi dia jadi calun , (bagilah nampak dulu kehebatan wanita UMNO Kedah dibawah pimpinan Dato, jangan dok perasan nak jadi calun DUN Kota Seputih lagi, awal awal pagi lagi UMNO kalah jika Maznah jadi calun, semua orang tau dia dok pikir pasai duit saja. Abu Hassan yang tak ada bisnes pun gagal hadir dewan, ni Maznah yang dok sibuk buat duit ..

Kepada ketua pemuda, ketua puteri bahagian, mantan ADUN Kota Seputih ( Abu Hassan Shariff ) tok sah dok berangan kalau sayang UMNO relakan orang yang layak bertanding lepas raya cina ni, relaaakan...

.Masalah dok berebut nak jadi calun ni pun Dato Sri tak boleh redakan, apa jadi dengan kepimpinan UMNO di Baling, Dato Abd Azeez Rahim dok berkelahi dengan timbalan ketua bahagian, YB Azmi Che Hussain , Ketua UMNO bahagian Kulim Bandar bahru, Dato Aziz juga jarang jarang nak hidung di Kulim, di padang Serai Rahman mahmod dok masam muka dengan timbalan dia, Halim, di Sungai Petani ketua bahagian, Ali Yahya dok tak mampu ubah perangai, dok buat perangai macam kedah ni menteri besar Dato Sri Mahadzir Khalid lagi, Di Merbok, ketua bahagian dok kaut duit melalui berbagai projek kerajan hingga termuntah .. di Sik Tajuddin diserang kiri kanan oleh orang UMNO sendiri yang tak menang jadi ketua bahagian dan timbalan.

YB Dato Saad Man semua perempuan dalam Kedah ni dia panggil "sayang" , inikah gaya dan perangai pemimpin UMNO Kedah, YB Suraya , nak goreng cucur kodok pun dia panggil wartawan, (mesra media sungguh yang satu ni ) kalau wartawan tak mai majlis yang dia hadir dia kata wartawan sokong Pas .

DiBaling ketua wanita UMNO bahagian berperang dengan timbalan dan AJK , sabelum ni Mashitah ujudkan DARLING dia himpun duit tak tau laa banyak mana salepas buat perasmian DARLING di hotel NIKO Kuala Lumpur, lepas tu dia tak jadi calun, baru baru ni dia ujudkan pula SERU LING , tak tau lahhh lepas tu dia pun ikut TER GU LINGGGG .

Dato Zaini, dia tolong kempen orang Pas dok dalam majlis belia baru baru , sebab dia tak mau orang lain, dia suka pada
orang Pas.

Di Baling dengar cerita hampir 30 ketua cawangan yang tak jadi Pengerusi JKKP yang dijanjikan nak dibayar sebulan RM400 oleh ketua bahagian Baling sampai la ni tak dapat " gaji" yang dijanjikan oleh Dato Abd Azeez, dengar kata juga depa 30 orang tu nak buat sidang media dengan HARAKAH tak lama lagi. Kita tunggu lahhhh, Dato Azeez kalau bab berjanji dia cukup
top, tapi dengar kata di Baling setiap cawangan dia ada hutang, hutang janji yang tak tertunai

Dimana mana bahagian UMNO di Kedah la ni , Dato Sri tunjuklah apa persiapan nak gugat Pakatan di Kedah, nampak gaya ( kita guna loghat Kedah sama) pilihan raya umum ke13 nanti UMNO Kedah hanya mampu pertahan empat (4) kerusi DUN saja , yang lain hanyut ....

Dalam mesyuarat ketua ketua bahagian UMNO di Kedah dengan Dato Sri depa dok bangkit dak kelemahan UMNO Kedah disemua peringkat untuk mendapat perhatian Dato Sri, rasanya depa tak berani cerita... depa lebih rela tunggu keputusan
lepas pilihan raya umum ke 13 nanti Kedah cuma ada 4 kerusi DUN saja yang mampu UMNO pertahankan.

Kalau dah kalut sangat sampai macam tu Dato Sri, jelaslah kepimpinan Dato Sri di Kedah tak menjadi, lebih baiklah Dato Sri berundur bagi laluan pada orang Kedah susun cara nak hadapi PAS menjelang pilihan raya umum nanti.

Bukan orang Kedah tolak kepimpinan Dato Sri, tapi apa pun kepimpinan Dato Sri tak buat sejak jadi pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah. Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah pun Dato Sri buat di Kuala Lumpur .

DIKedah ni Dato Sri, ramai lagi pemimpin yang kalau dibagi tanggung jawab sebagai pengerusi depa mampu buat, tapi bukan Dato Azeez Rahim, bukan Aziz Sheh Fadzir, bukan Nawawi Ahmad, bukan Dato Zaini, bukan Dato Saad Man, bukan Ali Yahya, bukan Dato Tajul Urus, bukan Azemi Daim, bukan Maznah Hamid bukan YB Suraya...

Kalau macam tu bagilah jalan pada depa Dato Sri... jangan tunggu lama lama, nanti UMNO Kedah terus lumpuh kerana semua ketua bahagian sering tinggalkan kawasan dok pi mesyuarat dengan Dato Sri di KLi

Fikir fikirkan lahhh Dato Sri, kalau ada tak bertambah, yang keras semakin lembut, yang putih semakin hitam, yang dikendong hampir keciciran, yang dipegang nak terlepas.................................

Salam Hormat.

5 comments:

  1. Salam KK,

    Itulah kemyataan. Dato' Seri Shafie Apdal wajar membuat keputusan segera lagi jelas. Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah sudah sewajarnya di kembalikan kepada anak Kedah ASAP, sebelum berasap UMNO dikerjakan dalam PRU13 nanti. Najib patut peka dengan keadaan di UMNO Kedah.

    Tapidengar kata Bashahpun tak di pandang hormat oleh warlord-warlord Kedah ni...jadi siapa yang sepatutnya KK?

    ReplyDelete
  2. haha...orang upahan Mantan adun kupang..jangan gila kuasa..yang berlalu sudahla...biar orang lain jd ketua jika mantan itu orang x mahu lagi..bukan apa...kalaw dah gila kuasa tu upah la orang lain hantam pemimpin yang bekerja keras untuk umno..orang mcm hang ni la yang merosakkan umno...UMNO xmau PAS pon xtrima orang Mcm hang ni...haha...i know who are uuuuuuuuuuuuu.>>

    ReplyDelete
  3. Azeez Rahim yang degree tipu tu bayaq kaheran80 ni gaji bulan2 untuk spin crita Azeez. Kaheran ni plak x branie nak ngaku dalam Facebook Jom Tolak Azeez Rahim yang Azeez tipu orang Baling macam2. Dia bagi alasan semua tu perkara kecik ja. mcm ni ka pejuang bangsa yang ambik remeh perkara kecik?

    Pemimpin yang bekerja keras satukan org Baling adalah Datuk Ismail Bakar. Datuk Ismail cukup terbuka dengan rakyat sehingga puak-puak Azeez nie kena habis duit banyak nak kalahkan dia. Dia cukup mendapat sokongan daripada rakyat baling malahan hubungan dengan Dato Seri Najib juga cukup akrab. Sehingga pernah satu ketika jika dia naik jd calon Bayu, Ustad Taib Azzamuddin nak tarik diri tak mau bertanding. tapi malang dia dicalonkan di dun Kupang.

    jika mengikut jumlah undi di Dun Kupang masa pru12 dulu. Walaupon kalah di Dun Kupang, undi Datuk Ismail melebihi dari undi Azeez rahim yang bertanding parlimen Baling.

    jadi untuk menjadikan UMNO Baling as a stepping stonenya, Azeez terpaksa melakukan apa saja demi DIRINYA. Sekarang UMNO Baling dah x da function dan mendapat penolakan hebat terutamanya Ketua2 Cawangan dan juga JKKKP. Sehinggakan semasa majlis penyerahan Elaun JKKKP yang lepas, mereka hanya datang ambik duit dan terus cabut. kesian Azeez berucap kepada kerusi2 di dalam Dewan Tun Razak...

    Kesimpulanya, Azeez Rahim Sejahtera, tetapi UMNO Baling huru hara re la...

    ReplyDelete
  4. 6 tahun kemudian, pada hari ini, 22 Januari 2016... ;-)

    ReplyDelete
  5. 6 tahun kemudian, pada hari ini, 22 Januari 2016... ;-)

    ReplyDelete