Monday, January 4, 2010

MUBARAK KEDAH PERLU MAIN PERANAN

Selamat menyambut tahun 2010 dan selamat membaca blog Kedah Kita.

Apa dah jadi dengan kepimpinan Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah (BPUNK) yang langsung tidak berganjak dari setuasi sejak Kedah tumbang kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke 12 lalu.

Apa yang kepimpinan BPUK terutama Dato Sri Shaffie Apdal dan timbalannya Dato Paduka
Ahmad Bashah buuat sepanjang tempoh ini dalam usaha mengembalikan kepercayaan rakyat
kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke13 nanti. Ramai
pemimpin UMNO Kedah diperingkat cawangan dan bahagian kini bimbang dengan apa yang
berlaku di Kedah la ni .

Kepimpinan Shaffie langsung tidak mengerunkan PR. Tulong lah kepimpinan BPUK tunjuk apa yang depa dok buat la ni untuk memperkukuhkan BN dan UMNO di Kedah .

Yang kita dapat tau masing masing dok puji dan dok jak sesama sendiri dalam majlis yang depa ada .

Sejak akhir akhir ini bila diasak wartawan terutama dalam sidang media dimana mana majlis
yang Dato Bashah hadir beliau saperti serba salah untuk menjawab soalan dengan ikhlas bila ditanya tahap mana kemampuan UMNO Kedah dapat merampas balik Kedah dari tangan Pakatan.

Setiap kenyataan Dato Bashah nampak cuba menyorok sesuatu dengan berkata, boleh...
tak pa kot..

Dato Bashah la ni saperti serba salah dengan keadaan yang berlaku dalam kepimpinan BPUK
kerana BOOSnya tak pernah ada di Kedah, kalau buat mesyuarat BPUK pun buat di Kuala Lumpur . Kalau tak pernah turun keKedah dok dengar cakap Spy saja alamat Kedah tak
ada harapan balik kepada UMNO .

Spy Dato Shaffie yang ada di Kedah bukanya Spy betul, tetapi nak hidup terpaksalah beri
laporan bila depa pi Kola Lumpor jumpa boos depa. Kalau depa betul berani cerita dekat Dato
Shaffie banyak blog di Kedah dok hentam dia, dok kecam dia, mampuih depa tak berani cerita.

Apalah sibuk sangat Pengerusi BPUK kita ni sampai tak sempat nak balik Kedah buatlah mesyuarat di Kedah kerap sikit, bukan di Kuala Lumpur . Baliklah tengok dengan mata sendiri apa yang dah jadi di Kedah, la ni pemimpin umno sendiri dah terpaut hati dengan menteri besar Kedah yang kool saja .

Penulis blog ini pernah meninjau pandangan pemimpin UMNO di Kedah dibaberapa bahagian
mengenai keberkesanan kepimpinan Shaffie, depa kata kesilapan besar UMNO Malaysia
lantik Shaffie jadi pengerusi BPUK bukan nak memantap kembali UMNO Kedah satelah
Dato Sri Mahadzir Khalid serah Kedah pada PR dalam pilihan raya umum lalu, tetapi Shaffie akan serahkan baberapa lagi kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang UMNO pegang kepada PR dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Dalam soal mengembalikan balik Kedah kepada BN blog ini berpendapat peranan MUBARAK
Kedah perlu diminta membantu dengan mengadap Dato Sri Najib selaku presiden UMNO dan
jelaskan apa yang berlaku sebenarnya di Kedah sepanjang kepimpinan Shaffie.

Hanya Mubarak sahaja yang dilihat mampu menyuarakan permasalahan ini kepada pucuk kepimpinan UMNO dalam usaha merubah keadaan .

Kalau dok bergantung harap kepada ketua ketua bahagian di Kedah, hampir 97 peratus semuanaya dok jadi tukang angguk sajaha, macam zaman To Det Khalid jadi pengerusi dulu, semuanya jadi pak anggunk, tak berani tegor langsung, tak berani bagi pandangan takut hilang jawatan dan tak terpilih dalam pilihan raya umum.


Melalui blog Kedah Kita ini , blog ini merayu Mubarak panggil ahli ahli Mubarak bincanglah masalah kepimpinan BPUK la ni, kena beranilahh, apa nak takut takut , tak terpilih jadi calun dalam pilihan raya umum ke 13 nanti pun tak berdosa .

Yang penting kepimpinan BPUK la ni amat teruk kerana 97 % ketua ketua bahagian di Kedah tak berani langsung tegor kelemahan Shaffie yang langsung tak tumpu pada UMNO Kedah
tetapi kerap balik ke Sabah .

Kepada Tok Man Aroff, Tok Man Brahim, Tok Ariffuddin, Tok Man Bedol, Tan Sri Sanusi,
Tok Kadiax, Tan Sri Hamid Osman tak bolehkah dok semeja lagi bincang soal kepincangan
kepimpinan UMNO Kedah la ni yang maha parah dan maha teruk .

Kalau dinelai dari kepimpinan Shaffie dan Bashah serta 97 % ketua ketua UMNO bahagian
di kedah lani , jelas dan terang benderang Kedah akan terus berada dalam tangan PR dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Apa pun kalau jadi pilihan raya kecik Kota Seputih, adalah pengukur kepada segala kelemahan dan keberkesanan Shaffie dan 97% ketua ketua bahagian di Kedah dalam berhadapan dengan pilihan raya umum ke 13 nanti .

Salam hormat.

No comments:

Post a Comment