Monday, November 23, 2009

KOTA SEPUTIH JANGAN JADI PERMATANG PASIR DI PERMATANG PAUH

Salam hormat pembaca yang dihormati.

Sah DUN Kota Seputih kosong...

Inilah padahnya bila Umno pilih calun wakil rakyat yang tidak amanah.
Lupa tanggung jawab, wakil rakyat yang macam tu boleh dicap sebagai pecah amanah
dan lari dari tanggung jawab yang diamanahkan rakyat dan Umno kepadanya.

Mampukh kekosongan DUN Kota Seputih dikekalkan ditangan Umno?, persoalan ini
amat berat untuk dijawab kerana kekecewaan pengundi yang telah mengundi Abu Hassan
kini amat ketara sangat jika ditinjau diwarong kopi dan rumah disekitar Kota Seputeh.

Apa pun biarlah pengundi DUN Kota Seputih sekali lagi buat keputusan, tetapi biarlah
keputusan yang bakal dibuat nanti tidak merugikan Umno dan masa depan orang melayu.

Kepada Pucuk PimpinanUmno, perlu beringat, jangan ulangi sekali lagi salah pilih calun
saperti yang berlaku kepada calun Umno di Permatang Pasir Permatang Pauh sabelum ini yang serba bermasalah dari hujung rambut hingga kehujung kaki.

Yang pitam salepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu pengerusi badan Perhubungan negeri Pulau Pinang, Dato Sri Zahid Hamidi.

Serta keputusan pilihan raya kecil Kota Seputih nanti adalah jawapan kepada semua dakwan
pemimpin Umno dalam Badan Perhubungan Umno Kedah selama ini yang mendakwa berbagai
bagai keistimewaan dan keajaiban yang telah mareka cipta.

Blog ini hanya ingin menginggatkan, kerana waktu banyak duit pemiliknya sering terlupa kepada apa yang perlu dilakukan kepada duit itu, tetapi bila duit dah habis mulalah menyesal...

Jelas sekali bila Abu Hasan Sharif buat kenyatan media tawar diri untuk jadi calun sekali lagi
di Kota Seputih. Aduhai malunya.................selama ni Dato dok buat apa ?, tu laaa jangan buas sangat, jangan laaaa dok ketuk pintu bilik hotel tak tentu hala.

Hingga ini kepimpinan Badan Perhubungan Umno Kedah bukanlah hebat sangat, kerana hingga ini tak nampak apa satu pun yang telah mareka buat, buat kenyatan dalam akhbar depa tau
laaa, nak tutup kelemahaan dan diikuti dengan sokongan kenyatan dari mareka yang merasa perlu dibuat kenyatan menyokong, dalam hal ini Dato Bashah cukup cekap, tinggal ketua pembangkng (Tok Det ) yang ketinggalan kerana media nampaknya langsung dah tak pedulikan dia lagi..

Dalam soal Kota Seputih, baberapa nama telah kedengaran disebut sebut mampu jadi calun, antaranya Dato Mukhriz Tun Mahathir, yang dok geli sangat la ni timbalan ketua bahagian Jerlon, yang ada peluang juga Dato Abdul Rahman Ariffin bekas exco Kedah dulu, Ketua Pemuda pun nampaknya tengah suruh pengikutnya sebut nama dia sama, ketua wanita tak nampak gaya Ketua Puteri langsung langsung ... apa pun keseluruhan kepimpinan Umno di sana tengah gelabah dan bermimpi nak jadi calun di Kota Seputih . Tapi jangan lupa kalau letak semua tu tak nampak jalan nak menang.

Apa pun Dato Sri Najib dan Tan Sri Muhyiddin perlu tengok sama , jika Kota Seputih terlepas ketangan PAS pilihan raya umum ke13 nanti Kedah parah, slogan Kedah menang rakyat senang tak akan menjadi kenyatan.

Dato Sri berdua jangan dok percaya 100 % laporan dari pemimpin Umno Kedah, depa semua nak buat kelabu mata Datu Sri berdua sajak, kami diKedah ni tau laa apa yang depa dok buat.

Dato Sri selalulah baca blog dari Kedah, bukan semua hentam, kami juga sayangkan kedah, kami juga orang Umno, pasai tulaaa kami tegor, kami desak dan kami bantai kerana kami tau apa yang pemimpin Umno di kedah disemua peringkat buat selama niiii.

Dan inilah peluang dan masanya Kedah nak cari penganti pengerusi Badan Perhubungan Umno kedah mengantikan Dato Sri Shafie Apdal. Kota Seputih adalah ujiannya

Pilihlah calun yang mampu menang dan bakal dipilih mengantikan Shafie Apdal untuk menerajui Badan Perhubungan Umno Kedah. Inilah masanya dan inilah ketikanya , jika calun Umno di Kota Seputih Umno menang , Kedah akan menang pilihan raya umum ke13 nanti, jika calun Umno di Kota Seputih kalah, bermakna Kedah akan terus berada dalam cengkaman Pakatan Rakyat.

Umno perlu berhati hati pilih calun diKota Seputih. Kalau tanya Man Pin dari Pokok Sena pun dia kata dia layak.

Kita jumpa di Kota Seputih nanti. Terima kasih..

6 comments:

  1. Pemimpin UMNO tolonglah buka mata..buka mata luas-luas dah perhatikan negeri Kedah ini..!!!

    UMNO Kedah dikuasai oleh kuda-kuda tua lagi lemah..mereka ini berlagak seperti di zaman British..berprotokol, high class dan rakyat susah nak dekati mereka..
    TOLONGLAH BERSIHKAN UMNO KEDAH dari kuda-kuda tua, lembam lagi lembap ini..

    Jangan berikan Mahadzir Khalid mahupun Ahmad Bashah yang dikelilingi skandal itu yang rakyat tidak suka mereka menjadi MB atau pimpinan Kedah lagi jika hendak tawan hati rakyat.

    Carilah pemimpin yang 'fresh', bijaksana lagi berjiwa rakyat untuk majukan Kedah yang penuh keindahan alam smeulajadi, pertanian dan adat budaya Islam yang dijunjung ini..

    ReplyDelete
  2. Kita kena realistik dan jangan ego..wahai UMNO Kedah..kalau di Kedah Pakatan Rakyat lebih relevan dari BN...

    Sebenarnya kalau lihat dari segi kebijaksaan, Dato Seri Azizan (PAS) adalah orang yang cukup bijak lebih lagi dari Syed Razak, Mahadzir Khalid dan Ahmad Bashah..tetapi disebabkan dia PAS..maka kebijaksanaannya dipadamkan dan dicari isu kelemahan..dia tertakluk dengan arahan PAS Pusat..jadi agak susah kerjasama Melayu-Melayu..

    Apapun kita kena sedar dan appreciate Dato Seri Azizan banyak bawa perubahan berani dalam masa singkat dan penuh tekanan serta bersihkan ekonomi Kedah yang miskin dibawah UMNO dalu..kita kena realistik..UMNO Kedah dulu cukup terukk..sebab itu kalah teruk..kita mesti terima hakikat ini..!!
    Dato Seri Azizan, walaupun formula Pakatan Rakyat lemah, tapi beliau berani dalam isu Melayu, naikkan kuota 50% pemilikan Bumiputera terhadap perumahan, beliau mengekang pembangunan di atas tanah sawah (ironi nya ini nak jaga survival tanah Melayu, biarpun nampak tidak maju cepat..UMNO hanya syok maju bangunan banyak mcam Jalan Pegawai,Simpang Kuala, Star Gate Al-Celaka tapi hempehhh..semua mudah-mudah ja bagi Cina sapu..tinggai sikit saja Yasmin Holding gagah beli..)

    Pemimpian UMNO Kedah mana ada 'teloq'..pengecut!! dan jadi hamba Cina dan tokeh2 Cina, kontaktor2..tambah2 si Osman Arrof tu pelingkup besaq orang Melayu..tanah2 melayu habis diubahnya jadi rezab antarabangsa!!..Cayman Dev.mampus lepas beliau tak jadi MB, Syad Razak, Mahadzir Khalid menyambung kebodohan MB lalu dan kaki pelingkup terbaru keluaran UMNO Kedah tidak lain tidak bukan yang sibuk melobo sana sini untuk jadi MB,si Ahmad Bashah..pembela tokeh Cina..kawasan dia pun xpernah jenguk!!
    Kandang Khinzir di Kampng Berjaya yang jadi kontraversi tu nasib baik atas kebijaksanaan, keberanian Dato Seri Azizan, kalau harap UMNO Kedah yang takdak 'teloq' tu pengecut bacul dengan Cina!! Kalau dengan Melayu bukan main garang, hambat habis penduduk Melayu Kampung Seberang Terus tahun 2004 walaupun mereka penghuni asal beratus tahun..

    Inilah UMNO Kedah dan pemimpinnya yang berlagak sombong ego lagi penyapu bersih harta negeri..
    Sapa nak parti lagu ni jadi pemerintah??

    ReplyDelete
  3. Memang PAS tadbir Kedah baru beberapa bulan pastilah ada kelemahan..tapi UMNO tadbir berpuluh tahun.. Kedah jadi apa??

    Pemimpin UMNO Kedah lembap!!..paling lembap dalam semua UMNO negeri lain.. idea kering..di kipas oleh puak-puak bodoh2..dan jadi tali barut Cina, luluskan tanah hutandi Gunung Jerai buat ladang, balak, sawah kawasan Melayu..pantang tengok sawah bendang mesti nak diratakan..syoklah tokeh-tokeh developer Cina mai menempek berbaik-baik dengan MB/Exco/pimpinan UMNO Kedah, cepat2 sapu tanah Melayu, Penang dah sesak dan clear dah Melayu so..next..anak musnahkan Kedah ini dengan kononnya 'pembangunan'..ini idea paling bodoh yang tiada wawsan mentadbir negeri yang kaya alam semulajadi ini oleh UMNO Kedah..

    Kalau UMNO Kedah ini cerdik.pemimpin yang bijak dan berjiwa Melayu (dah kata UMNO tu parti Melayu, MB mesti Melayu, Sultan Kedah Melayu) Mengapa kita tidak boleh gunakan konspe Belanda Malaysia atau Jepun yang majukan negeri ikut sektor kelebihan pertanian sesuatu tempat..majukan pertanian jadi industri hebat..hilirannya..
    dah Kedah negeri pertanian, yang GALAK nak pi ubah jadi kilang, kedai batu tu awat bodoh sangat ni..nak kaya cepat dengan gadaikan masa depan negara, anak cucu kita..habislah Cina Penang masuk beli hartanah..sebab nilai tinggi, orang Melayu bapa kerat ja mampu?..so kita nk pejam mata ka wahai UMNO Kedah???

    Isu sampah di Kedah, ini satu penipuan media juga..masalah kewanganlah menyebabkan berlakunya kecelaruan PBT..terutama MBAS..kerana apa? sikap pemimpin UMNO Kedah dulu kaki joli katak..gunakan duit majlis sesedap perut pi luar negara..padahal dalam negeri nak beli tong sampah pun berhutang..lori sampah tahun 1990-an..tapi kereta depa mau update every 5 years..jahat bukan?? So, bila MB PAS ambik alih..nak ubah Kedah n Alor Setar jadi macam 'syurga'? UMNO tinggalkan negeri Kedah dnegan penuh masalah..duit pokai..dengan sikap rakyat tidak terdidik bersih hasil pemerintahan UMNO, duit kantung negeri tinggai habuk..nak bayar gaji pun pening..dalam pentadbiran banyak 'gunting dalam lipatan', hasil balak negeri disapu oleh company kroni MB UMNO, tidak ditander, tapi dikurnia dengan harga amat rendah..

    Tapi laporan Ketua Audit Negara 2009 memuji pentadbiran Kedah, berjaya tingkatkan duakali ganda pendapatan negeri hasil dari jimat serta telus..HANGPA TAK MALU KA WAHAI UMNO KEDAH?? Kalau aku..aku malu dahh!! Kalaupun PAS kalah PRU13 setidk-tidaknya jasa Dato Seri Azizan akan dikenang sampai mati..

    ReplyDelete
  4. Aku sayangkan Kedah, Aku kasihkan tanah kelahiranku, negeri asal usul ibu ayahku.. Aku sayangkan negeri Jelapang Padi ini yang indah lagi subur..kurniaan Allah SWT buat kita..

    Tapi aku pening hendak memilih kerajaan. Kalau diperingkat Pusat, PAS-DAP-PKR kelihatan celaru, tidak membela Melayu Islam dan UMNO Pusat kelihatan gagah dan kembali hebat dibawah gabungan Dato Seri Najib-Tan Sri Muhyiddin setelah zaman lesu UMNO.

    Tetapi di Kedah, lain pula yang berlaku, UMNO Kedah 'hidup segan mati takmau' tidak langsung membela nasib Melayu Islam, sebaliknya syok duk kekal rentak lama..ala orang kenamaan zaman kolonial.. dan terbalik pula dengan Pakatan Rakyat pusat, PAS pula yang banyak membela Melayu dan Islam di negeri ini.

    Malangnya, UMNO Kedah yang lesu itu cuba nak 'hidup' dengan cari isu2 bodoh nak kelirukan rakyat seperti meroboh kandang khinzir..sepatutnya kandang khinzir itu dirobohkan oleh kerajaan UMNO Kedah, setelah 30tahun duk makan duit Cina, Bashah memang dibenci orang kampung dan orang Melayu makan hati di kampung dan pasar berdekatan..

    Tanah sawah pula baru-baru ini di komen oleh Mukhriz yang pertikai MB bekukan pembangunan fizikal di tanah tersebut..satu lagi pemikiran bodoh untuk rosakkan tanah Melayu! Sepatutnya kita belajar dengan Cina, benda yang menguntungkan mereka walau DAP/MCA/Gerakan buat janagn bising..diamm! senyap2 sudahlah janji kita sama-sama dapat..lu apa bsing2..

    Tapi Melayu kita terutama UMNO Kedah, takreti bahasa..dah la 'penyegann'..malas 'baloq liat' sungguh nak jumpa rakyat, tak ikhlas nak bantu masalah orang ramai, tengok ada isu boleh buat 'cari' makan dengan TV dan Media..maka cepat2lah timbui..ini kerja jahat orang panggil..politik macam ni tak berkat..

    Selemah-lemah kerajaan Dato Seri Azizan, kampung aku dah bertar baru lebih tebal dari 'umpan' UMNO semasa Pr..baru saja perintah 18bulan lalu..

    ReplyDelete
  5. Bila Ust Aziza tegas dengan peniaga jalanana buat kotor di Pekan Rabu, rampas dan arah pindah bukan main jadi 'hero' Bashah templak..jadi isu konon halau Melayu berniaga..!! Pekan rabu bukan pekan koboi boleh sesuka jati mai dari mana pun tktau..pacak kayu letak meja main meniagaa saja..bila ambik tindakan terus jaid isu kaum..bodoh la!!

    Paper semalam pula komen Pekan rabu kotor sebab peniaga haram..ni la kata UMNO putaq alam..aku bukan penyokong PAS tapi aku nak SEJAHTERA..sapa yang benar dengan rakyat aku sokongg..

    Ni PUAK HANGPA DUK MUHONG RAKYAT DARI MULA MERDEKA SAMPAI KE LA..KEDAH ASAI CANTIK INDAH..LINGKUP DI TANGAN HANGPA..KAKI GUNUNG JERAI PUNYA CANTIK DULU TAPI SIKIT2 HANGPA 'PEDIAH' TOKEH CINA MANA BUAT LADANG..BENDANG HIJAU ELOK2 HANGPA GATAI LULUS BUAT 'STAR GATE CITY' BUAT TESCO BANYAK2!! TELAN HABIH KAMPUNG MELAYUU!!! YA ALLAHHH YA TUHANKUUU!! BERAPA BANYAK LAGIKAH KEROSAKAN HANGPA NAK BUAT KT KEDAH NI HAAA WAHAI UMNOO KEDAHHHH????

    ReplyDelete
  6. Laa ni tup2 mai pulak kes Kota Seputeh..
    Ish2 memangla UMNO Kedah ni tak serik dan duk lena dalam mangkuk..kalau di Perak dan Selangor ni kena sepak terajang dah dengan rakyat..

    Pilih pemimping bengong jadi wakil tengoklah..disia-siakan peluang..hanya nak menang..nak kedudukan..buleh amik mudah hal sidag DUN smpai jadi kes mahkamah..jadi nak bela rakyat menatang apa mai pun dak..

    Aku tengok gaya UMNO Kedah ni..duk berdoalah semoga PAS menang lagi sekali PRU13, dengan dipimpin oleh Ust Azizan, semoga berkat dan maju cara orang Melayu Kedah ini dbawah beliau..dari duk lingkup bawah pemimpin UMNO Kedah yang pemalas dan hilang jiwa perjuangann..

    Aku muak sungguh dengan UMNO Kedah ni..aku telefon tanya Pejabat UMNO Kedah, sapa wakil rakyat kawasan sekian-sekian..boleh bro tu jawab.."ishh kami taktau lak encik" punya terukk..kalau cmni orang bawah..orang atas lagi super terukk..padanlah Kedah UMNO kalah teruk!!

    ReplyDelete