Friday, November 20, 2009

KENYATAAN SHAFFIE APDAL DALAM UTUSAN MEMALUKAN.

Selamat bertemu.

Seluruh pembaca akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19 Nov 2009 telah membaca kenyatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno kedah, Dato Sri Shafie Apdal yang mendakwa tidak ujud kem dalam Badan Perhubungan itu, kerana ia hanyalah persepsi pihak luar.

Dato Sri Shafie juga mendakwa bila beliau panggil semua ketua bahagian untuk bermesyuarat semuanya datang. ( kerana Datuk Sri hidang gula )

Blog ini amat bersetuju dengan cadangan penulis ruangan cuit yang mahukan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

Biarlah Tun Mahathir jadi pengerusi BPUKedah , kita pakat tengok macam mana dengan Dato Sri Mahadir Khalid yang masa dia jadi menteri besar Kedah, Tun M lepas jawatan dia atur orang hentam dan hina Tun M atas arahan boos dia ketika itu yang ambil alih teraju kepimpinan negara.

Kita tinggal sekejab siapa yang layak jadi pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, soalnya sekarang mampukah Shafie berhadapan dengan isu DUN Kota Siputeh yang kini "kosong" akibat kejahilan saorang bekas wakil rakyat dari Umno yang dah hampir empat penggal jadi wakil rakyat tapi masih tak reti bahasa dewan negeri .

Terus terang kita katakan Umno Kedah tak mampu membina perpaduan untuk pertahanakan Kota Siputeh dalam pilihana raya kecil nanti , jika pilihan raya kecil itu benar benar berlaku.

Untuk pengtahuan Dato Sri Shafie, dibahagian akar umbi Umno Kedah kini bercelaru dan berserabut kerana kepimpinan diperingkat bahagian dan cawangan tak buat kerja , blog ini minta Dato Sri tunjuk apa projek yang sedang dilakukan membabitkan semua sayap dalam Umno di kedah?.

Kalau Dato Sri nak tahu hampir semua bahagian di kedah kini ketua bahagiannya "bermasam muka "dengan timbalan, malah ada yang bertelagah dengan ketua wanita , ketua pemuda dan ketua puteri.

Jangan buat andaian dengan kehadiran semua (yang jelasnya bukan semua) ketua bahagian bila dipanggil mesyuarat (walaupun diluar kawasan Kedah ) semuanya akan hadir, kenyatan Dato Sri tak tepat, cuma nak tutup kelemahan sahaja, sabenarnya ada baberapa orang yang jarang hadir malah hanya hadir sekali dua sahaja .

Terus terang blog ini tegaskan, Dato Sri Shafie dan Datuk Paduka Ahmad Bashah tak layak langsung terajui Badan Perhubungan Umno kedah.

Dato Sri buat ukuran kehadiran kemajlis baru baru ini di Yan , dengan perpaduan Umno Kedah,
hampir 99 peratus yang hadir diangkut dengan bas percuma dari seluruh negeri Kedah, Pulau Pinang dan Hulu Perak. Datang dengan bas percuma bolehkah dijadikan ukuran Umno Kedah dah kuat?.

Dalam mengembalikan "maruah " Umno Kedah Dato Sri perlu berkorban dengan MELEPASKAN JAWATAN pengerusi jika Dato Sri benar benar sayangkan Umno Kedah, jika Dato Sri berundur masih ramai lagi pemimpin Kedah yang mampu menerajui badan perhubungan Kedah termasuk, bekas menteri besar, Tan Sri Osman Arof, Dato Ahmad Lebai Sudin, Dato Paduka Abd Rahman Ibrahim, kalau bukan pun Tun M.

Ahmad Bashah langsung tak layak mengantikan Dato Sri, kerana sepanjang tempoh ini dia hanya mampu buat kenyatan dalam media untuk menyokong sahaja, tak berani langsung nak bersuara menegor ada kelemahan besar dalam Umno Kedah selama ini salepas Dato Sri Mahadir Khalid "serahkan Kedah " pada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke12 lalu.

Kalau dah tok man arop pun tak layak kerana dia ada masalah dengan mantan PM Tun M, yang didakwa menjadi dalang dalam mengagalkan hasrat Tun M nak jadi perwakilan Umno Kubang Pasu sabelum ini ke persidangan agung Umno, Datuk Paduka Abd Rahman Ibrahim pun tak layakkah jadi pengerusi, kalau Tok Man ni pun tak layak, Dato Ahmad Lebai Sudin macam mana pula.

Tokoh dari Pokok Sena ni yang selama ni jelas menunjukan berani bersuara hingga pernah digantung tidak bertali dan akhirnya dilepaskan pun tak layakkah jadi pengerusi .

Kalau semua tak layak JELASLAH UMNO KEDAH KINI SEMAKIN TENAT.

Untuk pengtahuan Dato Sri, tak ada apa yang dibuat oleh wanita , pemuda dan puteri diperingkat bahagian dikedah la ni. semuanya dok temberang pada Dato Sri sahaja, Dato Sri bukan turun kebawah nak tinjau permasalahan Umno, Dato Sri cuma buat ukuran dengan kehadiran ketua ketua bahagian dalam mesyuarat yang Dato Sri panggil .

Kenapa tak beri tempat pada Datuk Sri Abd Kadir Sheikh Fadzir dalam badan Perhubungan Umno Kedah, tak layakkah tokoh ni duduk dalam badan itu untuk sumbangkan idea .

Apa pun Kota Siputeh akan menjelaskan segala dakwan Dato Sri yang mengatakan tidak ada masalah dan kem dalam Umno kedah.

Perlu diingat, kekalahan Dato Ariff Shah dalam pilihan raya kecil perlimen Permatang Pauh bukan kerana Anwar Ibrahim kuat disitu, tetapi kerana ujud kem dalam Umno bahagian itu
hingga membawa kepada kekalahan calun BN itu yang mulanya dijangkakan mampu merampas kerusi berkenaan satelah dikosongkan oleh Wan Azizah.

Ahli Umno Kedah perlu bertanya : BERAPA KALI BADAN PERHUBUNGAN UMNO KEDAH BERMESYUARAT MENGENAI USAHA MENAWAN BALIK KEDAH DARI PAKATAN RAKYAT DAN BERAPA KALI DATO SRI SHAFIE BALIK KEKEDAH SEJAK DIA JADI PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO KEDAH. ( sumber rujukan dari ketua ketua bahagian Umno di kedah ).

Terima Kasih kepada pembaca blog KEDAH KITA.

2 comments:

  1. sesiap yang melihat politik kedah pasti mengatakan suadara penulis blog ini sama ada tidak cerdik atau tidk waras
    saudara masih hidup dalam dunia poltik zaman tok nadoq dan duk harap pemimpin yang dah padam kembali menerjui kedah
    terimalah hakikat, poltik zaman sekarang tidak sama dengan poltik zaman saudara penulis.
    penulis pergilah bertapa dahulu sebulan di gunung gerai semoga penulis mendapat ilham yang lebih baik cam na nak tulis blog. ha ha ha

    ReplyDelete
  2. aku pelik..apahai nak ambik Tun Mahathir yang dah pencen dah..bagilah ruang untuk orang muda.
    Penulis blog ni memang kena baca hati akar umbi..jangan bodohkan rakyatlah duk ambik balik orang2 pencen apatah lagi korup macam Osman Aroff tu yang banyak seleweng dan menyusahkan rakyat Melayu!!

    Semakin kacau UMNO Kedah nih..sampai hala tuju untuk survival pun masih teka teki..nak bergantung kepada 'tokwan' yang dah pencen. Kenapa tidak naikkan orang-orang muda berwibawa?

    UMNO Kedah ni masih duk agung-agungkan Mahathirism..memanglah dia banyak jasa pada negara tapa sama banyak juga kesilapannya mencorak negara ini.

    Senang-senang camnilah..dh hangpa takdak sapa dah nak hidupkan UMNO di Kedah, maknanya ruh perjuangan hangpa dah malap, tddak bnda dah..mcm mana nak jaga rakyat dan oranh Kedah yang macam-macam lapisan nih..jadi toksahlah dok sibuk-sibuk lawan..duk diam-diam, repair balik UMNO Kedah..rasa dah mampu berdiri perbetui masalah dalaman baru pi bertarung..

    Biaqlah Dato Seri Azizan Razak pegang Kedah. Sejak dia pegang Kedah rasa tenang sikit, walaupun berhadapan banyak masalah, hantu-hantu UMNO Kedah juga hantu-hantu kroni PAS pun ada..yang penting dia berwibawa dan boleh tadbir rakyat dbawah naungan KDYMM Sultan Kedah dengan elok..Sultan pun suka dan senang dengan MB Ust Azizan..

    Lagipun projek-projek cetusan Ust Azizan lebih realistik dan kena dengan orang Kedah, tak lingkupkan Islam dan Melayu Kedah..Insya Allah aku lebih yakin dengan kepimpinan beliau dari Mahathir, Mahadhzir, Ahmad Bashah..!

    ReplyDelete