Wednesday, November 11, 2009

PEMIMPIN UMNO KEDAH LESU

SELAMAT BERTEMU DAN SELAMAT MEMBACA BLOG KEDAH KITA.

Jangan salah anggap. blog ni bukan nak hentam sesiapa, tetapi dalam usaha nak rampas balik kedah dari Pakatan Rakyat (PR) kita tak naampak langsung apa yang kepimpinan Barisan Nasional (BN) Kedah daah buat, atau apa yang dah Perhubungan Umno kedah lakukan.

Dalam dok congak dan tolak rasanya Perdana Menteri tak boleh tunggu hingga empat tahun lagi nak buat pilihan raya umum ke13, kita rasanya ada masa dua tahun lebih sikit lagi saaja nak hadapi PRU 13 soalnya apa yang dalam kita lakukan yang betui betui dapat tumbangkan PR Kedah.

Ni lah soalnya sekarang yang Kedah Kita dok kalut, dok ajak semua orang Umno bersatu, terutama dikalangan pemimpin Umno di kedah , stop sat dulu mengkelai tak puas hati kalah atau tersingkir masa bertanding baru baru ni, dan yang menang pun jangan laaa berlagak sangat, mentang mentanglah hampa menang, dok kutuk pula puak yang kalah, inilah puncanaya Melaka terlepas ketangan penjajah, puncanya macam ni lahh ,kerajaan Temasik jatuh ketanggan tentera Jawa. Punca nya dengki dan tak puas hati dan bila berkuasa nak balas dendam.

Rupa rupanya di kedah ni pun ramai anak cucu Sang Rajuna Tapa yang sanggup buka pintu kota kerajaan Temasik bagi tentera Jawa masuk kerana tak puas hati saja. Di Kedah depa sanggup duduk semeja dengan pemimpin PR nak kekalkan kerajaan PR diKedah.

Ni lahhh perangai orang Umno, masukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk dalam poket depa ok, tergelincir sikit saja mula laa nak jadi Sang Rajuna Tapa

Dikalangan pemimpin sayap dalam Umno pun satu, tak dengar sora langsusng, mana pi ketua Wanita (IBU) ketua Puteri, Ketua Pemuda dan Pengerusi Perhubungan negeri ?

Kalau diperingkat negeri macam tu diperigkat daerah lagi laaaa teruuk, depa dok cari peluang saja nak tambah duit, jangan kata nak buat kerja tambah ahli kaaa, tambah pengundi ka
tak nampak langsong yang DEPA DOK KALUT tambah projek yang sedia ada nakjadi lebih kaya.

Berpada kaaa ketua cawangan saja dok teriak dibawah yang ada jawatan lambat lepada nak terkam pi jumpa timbalan presiden saja nak tunjuk lagak , tapi dikawasan sendiri punah......

Nasib baik lah orang Umno dibawah ni ada sikit kesetiaan pada parti kalau tidak PR raya sakan.

Nak tunggu slogan yang timbalan umum hari ni 12 nov di sekolah agama Yan pun nampak tak
begitu kemas, orang kedah kata "ceroi " saja, kalau macam ni tak nampak langsung jalan nak ambil balik Kedah dari PR dalam PRU 13 nanti.

Kalau Kedah tak boleh dirampas balik yang bertanggung jawab ialah Pengerusi Perhubungan, Ketua ketua bahagian, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Ketua Pemuda Kedah perlu bertanggung jawab..

Ramai pemimpin Umno di Kedah selalu bercakap retorik saja tak kira tempat, tapi tak nampak bukti, contoh waktu Datuk Sri Najib mai ke Felda Teloi, Ketua Wanita Kedah tak nampak batang tubuh dia yang sesihat tu, antara dailog yang diucapkan ketika ada yang mengajaknya mai kemajlis itu dia berkata " minta maaflah......I tak mau pi laaaa....panassss.....tak sesuai.............". Inikah suara ketua wanita Umno kedah Maznah Hamid yang digelar Iron Lady.....


Kalau semua pemimpin Kedah macam Maznah, bungkuih habis Kedah dalam PU 13 nanti..

Sapa laaaaaaa yang lantik dia jadi ketua wanita Kedah, Pengerusi Perhubungan Kedah, timbalan presiden atau presiden Umno sendiri .

Depa tak tengopk kaaaa "badan dia" macam tu, tak dak dah kaaaa orang lain yang lebih layak, kalau kata dah tak ada dah nampak nya Umno Kedah benar benar ketandusan pemimpin.

Harap Pengerusi Badan Perhubungan bagi laaaaaa jawaapan jangan dok diam, kita perlu menang, kalau macam ni macam mana nak menang ........................

Nampaknya PRU 13 nanti Kedah wassalammmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

No comments:

Post a Comment