Thursday, November 12, 2009

TUKAR MAREKA YANG TAK BERWIBAWA DALAM BADAN PERHUBUNGAN UMNO KEDAH

Assalamulaikum kepada semua pembaca blog Kedah Kita .

Blog ini menulis dengan tujuan hanya satu, untuk menginggatkan mareka yang diberi amanah menerajui Badan Perhubungan Umno Kedah .

Jika Dato Sri, Dato dan Yb rasa tidak mampu memberikan buah fikiran kepada Badan Perhubungan Umno Kedah untuk melakukan perubahan berani disemua peringkat cawangan dan bahagian Umno di Kedah dalam usaha merampas balik Kedah dari Pakatan Rakyat yang diterajui Datuk Sri Azizan Razak , lebih baik anda semua letak jawatan sabelum Kedah jadi bubur.

Kalau dah tak mampu nak berikan pandangan, lebih baik beri laluan kepada orang lain yang lebih layak dari anda semua untuk membuat perubahan yang lebih berani di Kedah.

Kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato Sri Shafie Apdal, timbalan, Datuk Padukan Ahmad Bashah Hanipah, Setiausaha Badan Perhubungan, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri lebih baik letak jawatan saja dan ganti dengan orang lain kerana dilihat TIDAK MAMPU membawa perubahan .

Jangan biarkan Kedah terus dikuasai PR satelah pilihan raya umum ke 13 nanti kerana anda
yang diberi tabnggung jawab tak buat apa apa langsung untuk mengerakkan semua peringkat
Umno di Kedah yang kini amat lesu .

Kenapa ini harus berlaku?, Umno Kedah yang satu masa dulu hebat dan digeruni pembangkang tiba tiba "ranap" dan kini lesu.

Salepas ini, salepas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin merayu dalam majlis di Yan pada 12 nov (hari ini) supaya kita bersatu , tidak akan menjadi kenyataan, tunggu
dan lihatlah sendiri nanti...

Sebagai pemimpin kecil Umno kami amat keciwa dengan apa yang berlaku dalam Umno Kedah disemua peringkat masa ini.

Kerana kebanyakan pemimpin Umno diperingkat bahagian Umno, Pemuda, Wanita dan Puteri
tak sanggup jadi penegor, hanya merelakan diri jadi pak anggung dan mak angguk dalam banyak
perkara kerana takut tak tersenarai sebagai calun dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Kalaulah macam ni yang ada buatlah majlis apa pun, berilah nama apa pun tak akan tercapai matlamat nak rampas balik Kedah, kerana kebanyakannya bersikap pura pura saja depan pemimpin yang datang dari pusat.

Apa yang dilihat di Yan kebanyakan pemimpin Umno semua peringkat di Kedah berebut nak tunjuk muda kepada timbalan presiden .

Kepada Dato Sri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, kalau dah rasa tak mampu nak pimpin Umno Kedah lebih baik berundur awal sabelum Kedah jadi lebur dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Ini bukan mengutuk atau merendaahkan kemampuan , tapi satu pandangan yang perlu diambil kira demi PRU 13 nanti, sama ada nak rampas Kedah dari PR atau nak sedekahkan Kedah kepada PAS, KEADILAN dan DAP .

Pergeseran kepimpinan disemua peringkat bahagian Umno di Kedah tidak pernah ditegor,
hingga kini hampir semua bahagian di Kedah bermasalah antara ketua bahagian dengan timbalan, ketua bahagian dengan ketua wanita dan pemuda.

Malah yang paling memalukan ada dua tiga ketua Umno bahagian diKedah dah dok pasang angan angan nak jadi menteri besar Kedah lepas PRU 13 . Ayo yooooooooooooooooooooooo
tambi.

Saya tidak akan minta maaf dengan tulisan ini demi masa depan Kedah .

FIKIR, RENUNG DAN BUATLAH KEPUTUSAN SABELUM TERLAMBAT.

TERIMA KASIH.

1 comment:

  1. Apalah punya tak cerdik pemimpin UMNO Kedah ni. Penulis blog ni bukan main lagi duk tegur depa buat tak peduli aje. Kalau depa tak dengar kritikan penulis blog yang hebat ni, confirm BN Kalah, Azizan Sjehtera.
    Apa kata saudara penulis buat demontrasi depan pejabat Najib dan cadangkang najib lantik Mahdzir Khalid, Azeez Rahim, Azmi Che Hussin, Sabrina (si tukang sihir), Tajudin Sik, Shima, Osman Aroff sebagai peimpin UMNO Kedah. Lepas tu kalau Kedah menang lantik semula osman aroff sebagai menteri besar. pasti kedah hebat.
    Dan kita minta budget kat menteri pertahan (yang lembik) zahid hamidi untuk spnsor kita buat demo....

    ReplyDelete